Dua Puluh Sen Sahaja?

Kita bising minyak naik RM 0.20 bukan kerana kita benci Malaysia
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar

Tapi
Kita bising sebab janji tak serupa bikin
Kita bising sebab kasihankan rakyat marhean
Memang kita berduit
Memang kita berharta

Namun
Jauh dipelusuk sana
Ada yang menghitung syiling
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting
Mereka tak ada slip gaji
Jauh sekali SOCSO mahupun KWSP
Kerjanya keluar pagi pulang dinihari

Dan kalian pula berbicara indah
Persis pujangga metropolis
Hanya dua puluh sen?
Itupun nak bising?
Kerjalah lebih kuat lagi
Beribadatlah lebih lagi
Untuk dimurahkan rezeki

Ya
Sembang kalian memang sembang orang berharta
Sembang kalian sembang orang penuh wibawa
Sedangkan ada mereka FB pun tiada
Motor buruk hanya menunggu masa
Kerja lebih kuat lebih dari si sarjana muda
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga

Ya
Mereka tidak berharta
Salah mereka kerana tidak berusaha dizaman muda
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan
Aku rela jadi bodoh dari kalian
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan

Dan aku harap kau faham
Wahai pentadbir kerajaan sekalian

No comments:

Post a Comment