Sabar

Tiba-tiba aku rasa menyampah dengan kau
Haah! Kaulah!
Tak tahulah kenapa
Rasa macam kau ni teramatlah annoying

Arghh! Terpaksalah pendam dan berlagak normal
Kalau tidak, memang dah lama kena

Kalau

Kalaulah DBKL faham erti getirnya mencari sesuap nasi
Kalaulah pak menteri faham bahasa kemiskinan bandar
Kalaulah budi diadun dalam tolak ansur

Barangkali kakak peniaga itu tak perlu hilang sabar
Barangkali selesai secara berakal waras itu ada

Tapi semua itu tidak berlaku
DBKL tidak faham semua itu nampaknya

Otak Dikepala Otak

Otak aku ini
Kapasitinya tak sebesar mana pun
Manalah mampu nak tampung
Segala macam data yang menimbun

Tapi itu kan kerja Tuhan
Takde siapa boleh sangkal
Jadi jangan marah aku kalau aku lupa
Tambahan lagi bila lama dah tak berjumpa
Faham tak tu kawan?
Hehe maaflah
Terlupa lah pulak nama kau

Asam Garam

Aku rasa kita semua belajar dari kesilapan
Kesilapan diri sendiri bukan orang lain
Dari situ kita dapat rasa sendiri
Betapa sakit atau enaknya rasa silap itu

Barulah dinamakan HIDUP

Pendek

Aku pendek tak tinggi
Dari kecik hingga kini
Mungkin sudah genetik aku begini
Anugerah Tuhan masakan aku tolak

Namun terasa jugalah serba sedikit
Kawan sanak saudara sepupu sepapa cukup tingginya
Dan aku pula tak cukup inci gayanya
Entah siapalah yang padan cukup sesuai
Buat aku yang pendek lagi tak rupawan

Aduh! Jatuh saham aku
Namun syukur atas pemberian
Yang cukup sifatnya
Alhamdulilah!

Kawan Versi Canggih

Dalam hidup ini
Kita memang perlukan kawan
Untuk tolong ambilkan gambar secara percuma

Bezanya sekarang dah ada Monopod Tripod Gopro
Definisi kebutuhan kawan tidak lagi sama
Sebab semua orang mampu selfie sendiri

Betul tak?

Tak Serupa

Aku dah salah kawan agaknya
Kawan yang aku kenal tu
Peramah molek orangnya
Dah yang depan mata ni apa fasal senyap menyepi je
Ohh, lupa jari ligat menari zapin sampai lupa yang didepan mata

Inilah yang dinamakan tak reti hargai kawan
Gebang saja lebih dalam internet
Dah depan mata senyap seribu bahasa

Lepas ni jangan ajak aku keluar dah
Faham!

Bukan Semua

Bukan semua orang berani cakap
Aku sayang kau lah!

Bukan semua orang kuat untuk beritahu
Kau dah guris hati aku tadi
Kau sedar tak?

Bukan semua orang boleh rendahkan tahap ego dan bilang
Aku salah tadi, jadi aku minta maaf

Bukan semua
Kan?
Dan sejujurnya aku dalam kategori ini

Betul-Betul-Betul

Aku sungguh
Sungguh-sungguh
Sungguh
Rindukan kau

Tapi nampaknya
Kau tidak

Jadi aku pura-pura
Itu lebih baik rasanya
Kan?

Terbaik!

Aku mencari yang terbaik
Jangan salahkan aku jika aku memilih

Bukan niat nak banding membanding
Tapi aku sekadar mencari yang setanding

Aku tak sempurna
Jadi aku mahukan yang sempurna
Walau aku tahu itu tak mungkin

Well, semua orang mahukan yang terbaikkan?

Awan Gebu Gebas

Aku dongak langit
Kelihatan awan bergebu gebas disitu

Subhana-Allah!
Cantiknya ciptaan ini

Aib

Sebab Tuhan tutup aib aku
Kau nampaklah baik aku
Cuba kalau aib aku terdedah
Aib yang aku jaga dan simpan ini terbuka hijabnya
Dari situ kau bakal kenal dan tahu baik buruk aku

Kau rasa kau nak kawan lagi tak dengan aku?

Penipu

Menipu dan terus menipu
Berani datang balik dan cuba untuk pujuk rayu
Bolehkah kau berhenti dan jujur beritahu
Kenapa kau teruskan drama yang sudah layu

Berhentilah dari tuding jari sambil tersedu
Lakonan kau serupa kayu

Hidup itu menarik dan perancangan Allah itu cantik
Jadi kau jangan serik okay?

Pegang Dan Hilang

Tidak semua benda
Kita yang punya
Tidak semua harta
Kita layak mendapatkannya

Ada yang sudah dalam tangan
Boleh tukar status hak miliknya

Aku pernah rasa itu semua
Rezeki itu milik Tuhan
Banyak tak terbilang
Jadi syukuri dan nikmatinya

Jangan sampai yang sudah didalam mulut pun boleh terluah

Bolak Balik

Lima minit aku naik status
Pastu kau juga akan naik dengan status
Dah lama aku duduk perhati
Sebab tu perasan

Kejap aku tengok kau tulis macam ni
Kejap kau tulis macam tu
Sebenarnya kau okey ke tak ni?

Kejap soal hati
Lepas tu macam ni pulak
Dah kenapa?
Cuba cerita

Kalau takde apa pun
Kau tahu kan hati?
Selalu berbolak balik

Kisahnya

Jika kau sedikit lagi punya rasa itu
Aku berani jamin kau akan bahagia
Itu pun jika diizinkanNYA

Tapi sayang
Kau kurang rasa itu

Boikot

Berita boikot macam jual pisang goreng panas
Sana sini berita sensasi
Tinggal buka saja semua berita tahu

Tak kisahlah buka media massa mahupun mulut manusia

Apa Dan Mengapa

Acap kali kita bertanyakan
Kenapa dan mengapa
Atas apa yang berlaku
Tanpa kita sedar
Kita ini bukan siapa-siapa

Jadi jangan pernah letak tanda soal pada nokhtah yang Tuhan letak

Rezeki Masing-Masing

Ada orang tu
Lepas belajar terus dapat kerja
Kerja bagus-bagus pulak tu
Lagi cun kalau kerja sebulan terus dapat naik pangkat
Dapat pulak beli kereta dan rumah idaman
Dan-dan pulak muka tu jenis menantu pilihan
Jodoh apa lagi kemain keliling pinggang
Memang terbaik lah ceritanya

Aku hormat lah kat kau kawan!

Ikut

Sejak kebelakangan ini
Aku rasa banyak benda mahupun peristiwa cepat saja berlalu
Tak sempat nak ambil mood
Tahu-tahu sudah berlalu

Aku rasa aku makin tua kot
Sedar-sedar umur sudah lanjut
Kulit sudah kedut
Nyawa pun semput-semput

Belanja

Tuhan sudah banyak belanja aku
Belanja itu juga ini
Kengkadang aku saja yang kurang perasan
Ataupun buat tak perasan

Aku harap lepas ni aku lebih peka
Hargai dan syukuri
Harapnyalah

Jodoh

Terpisah jauh mana pun
Kalau itu jodoh kau
Terima sajalah

Selamat Hari Raya

Makin tiba Hari Raya
Hati girang tak terkira
Yang jauh sibuk pulang kekampung halaman
Yang dekat tak cukup tangan buat persiapan
Itulah Hari Raya di Malaysia

Namun yang disana?
Harinya diselubungi tangisan air mata
Pemergian insan tersayang tanpa rela
Hilang harta benda juga maruah

Mana keadilan?
Adilkah kita bersuka ria di Hari Raya?
Sedangkan mereka disana entah makan entah tidak

Allahu
Bantulah mereka yang disana
Berikanlah kemenangan kepada mereka
Dan hancurkanlah yang menentang mereka

Selamat Hari Raya
Buat semua umat Islam dibumi Allah

Buka Tutup

Aku buka muka buku
Aku terpana tertanya-tanya
Apakah benar Marshanda sudah tinggalkan hijabnya?

Aku tak berminat tahu kisahnya apa
Yang pasti sesuatu yang melitupi aurat wanita itu telah dipergula-gulakan
Barangkali selesa mempamerkan raut raut rerambut dihadapan bukan mahramnya
Sedangkan yang tertutup itu lebih dihormati diperintah Ilahi
Sebaiknya dipeliharakan
Bukan dikhianati sesuatu yang menjadi tanggungjawab
Yang sememangnya disuruh Allah

Aurat
Bukan untuk dipermainkan digula-gula lolipopkan
Faham tak Marshanda?

Masih Untuk Dia

Cukup kau tahu
Walau apa yang jadi
Akulah yang akan setia disisi

Jadi tolong hargai
Selagi aku betah begini
Jangan sampai aku bawa diri
Baru kau nak reti

Bodoh Sombong

Banyak benda dalam dunia ni kita kena diam
Salah satunya bila berhadapan dengan orang bodoh berkata-kata
Kalau kita cuba berkata-kata juga
Nescaya kita sama saja bodoh macam mereka

Menumpang

Sakit
Perit

Susah ditafsir dengan kata-kata
Air mata sahaja pengubat lara

Bukan salah sendiri pun kena maki
Jadi terima semua telan sendiri

Aku faham
Biasalah adat menumpang

Harapan dan angan-angan.

Dulu lain sekarang lain.
Adatlah tuh dunia makin maju.
Suatu masa, kau akan rasa putus asa.
Untuk berharap pada angan-angan

Ambil dan Buang

Jangan waktu suka, ambil
Waktu tak suka, buang

Tambahan lagi jika ia bukan barang
Tapi orang

Takut kelak
Kau sendiri akan mencari balik
Apa yang telah dibuang tu

Redha

Kalau benci aku
Terus terang

Kalau tak suka aku
Cakap depan-depan

Baru aku tahu siapa orangnya
Aku terima walaupun aku sakit

Redha

Ainon dan Jamil

Dah dasar ainon (mata) yang sukakan jamil (indah)
Memang sampai mati pun tak akan berubah

Tapi harapnya bertahan
Tahan nafsu serakah tu
Jangan sampai tersalah pandang
Yang jamil tak semestinya baik untuk ainon

Pastikan malu itu ada
Baru happy ending ainon dan jamil tu

Politikus

Ini kota air mata
Berendamkan maruah
Dibajai darah dan disirami lelah

Si bisu dan pekak berlumba-lumba berlari tikus
Saling menjuarai dalam setiap langkah berhulu berhilir tanpa bunyi
Fikirannya tertumpu untuk suatu yang berakhir bila dirinya juga berakhir

Hidup kaku dan beku
Setiap saat dan waktu
Dalam derita sunyi dan lesu
Yang tertinggal akan terus tertinggal

Bantuan hanya kadar-kadaran
Berbekalkan pakaian dibadan
Menyerap peluh darah dan air mata
Memikul hidup ditindas derita

Bukan malas tiada usaha
Cuma peluang diberi tiada
Itulah hidup dikota air mata
Yang kaya terus kaya
Yang miskin diajar meminta-meminta
Politikus menyeru sengketa

Kita juga terbodoh tersetia!

Kuli

Aku bukan siapa-siapa
Yang punya nama untuk dibangga
Apatah lagi harta mahupun rupa
Memang kalah dalam segala

Say chesee

Urat itu timbul lagi
Peluh mula menitik
Hati mula berbisik berbakul bahasa sakarstik

Bila tiba lagi rasa itu
Rasa yang ditahan tersimpan
Akhirnya melodak sakit itu
Aku cuba ingat mana aku berada
Mulut ini dipaksa menyebut kalimah Tuhan
Tangan ini aku cuba tarik bantal

Aku cuba segala cara
Kalau boleh ditanggalkan
Sudah lama aku cabut tinggalkan
Nyahh kau dari sini!

Duhai sakit gigi!

Adrelin

Bodoh barangkali
Lupa untuk berfikir sejenak

Penuh degil pada mata itu
Tingkah laku sungguh menjengkelkan
Tanda provokasi sedang berlaku

Deria rasa membuak
Mahu dan mahu
Memberontak meronta
Kalau boleh tangan ini dibiar menjalar melunaskan tugasnya

Aku penasaran dan dia cuma tunggu
Aku serahkan pada deria rasa aku untuk tindakan seterusnya

Harap kau faham wahai roti berlapikkan salad juga daging ayam
Pesona mayonis berkeju serta sos lada itu
Cukup rasa tiada kurangnya

Ternyata membangkitkan rasa adrelin ini!

Pejam

Aku cuba pejam mata
Cuba untuk lena
Sia-sia

Apa lagi wahai dunia?
Bagilah peluang seminit dua
Aku mahu lelap rehatkan jiwa
Penat tau kejar dunia?

Mohon
Bagi aku masa
Aku janji aku kembali
Lelap dahulu

Dan
Aku janji aku kembali beraksi

Gua Bahagia

Bila dengan kau
Aku rasa macam hari-hari hari raya
Makan minum ditaja
Duit poket dihulur bersama
Hati perasaan ditatang dijaga
Gembira bahagia sentiasa

Jadi tiap malam
Sebelum lena aku doa
Aku doa agar setiap hariku adalah hari raya
Boleh tak?

Sempit Dan Sedikit

Seperti yang selalu diperkatakan
Dunia ini sempit, sementara dan juga sedikit
Tapi tidak mengapa
Kerana aku ada Kau selalu disisi menemani

Terima kasih Ya Rabb!

Terasa

Semua dah tak sama
Tak serupa bila kau buka mata
Itu Fynn Jamal yang kata
Buat Arjuna anaknya
Tapi aku yang terasa

Kenapalah agaknya?

Pulang

Dengan kereta
Aku pulang sendiri
Mengikuti rasa rindu
Pada kampung halaman
Pada emak yang mengasihi

Sampai saja diteratak itu
Berdiri dihadapan aku
Seorang emak dengan wajah sendu kelabu
Penuh rasa haru dia menatap aku

Teka aku agaknya dia juga sama seperti aku
Rindu!

Sedar

Kau akan sedar
Dikala kau terduduk
Jatuh dan kecewa
Dikala kau terpesong
Merasa diri keseorangan

Percayalah saat itu
Tuhan tak lokek tiupkan senyuman

Kesal

Sedikit masa yang ada
Mari kita guna sebaiknya
Mari capai tangan sambil jalan beriringan
Kerna akan tiba masanya
Kau tak lagi aku hiraukan
Saat itu aku pasti kau akan penuh kesal

Untuk saat penuh kesal itu
Cuba kau cari dalam laci
Aku sudah simpan siap-siap
Kenangan kita yang sudah basi
Walau basi yang pasti kenangan kita sudah ada

Terimalah hadiah aku bagi setiap kekesalan kau itu!

Kawan

Hati ini berdegup kencang
Tiap kali kau datang
Barangkali sayang
Tapi perasaan ini aku cuba tepis

Sebab kita kawan

Naharom

Pernah tak kau rasa
Perasaan yang penuh celaka
Yang membuak pada seseorang
Rasa tak terbendung lagi saban hari
Namun kau cuba tahan
Cuba tahan rasa naharom tu
Selindungkan dari ketahuan
Jaga perasaan barangkali mungkin

Putus

Definisi "putus" ini banyak maknanya
Adakalanya membawa makna tercabut terlerai
Juga berdiri sebagai makna perpisahan

Mana satu yang kau mahu?
Jangan malu sila pilih

Syok Sendiri

Kadang kau rasa dia suka kau
Kadang kau rasa kau juga suka dia
Sebab kau rasa dia layan kau macam kau ni istimewa
Istimewa bagi dia

Tapi tidak sebenarnya
Kau silap sebab dia layan kau sama saja macam dia layan orang lain
Cuma kau yang perasan dia layan kau macam kau raja/permaisuri dia
Disebabkan kau suka dia
Kau rasa macam tu
Itu namanya syok sendiri

Dan bila kau syok sendiri
Kau rasa dia bagi harapan palsu dekat kau
Kau salahkan dia sebab mainkan hati kau
Tapi kau silap
Dia tak bagi harapan langsung dekat kau
Dia tak mainkan pun hati kau

Kau saja yang "syok sendiri".

Aset

Dengan umur yang sekarang
Aku rasa ini proses kumpul aset
Semua benda aku sapu bersih
Untuk kegunaan masa depan

Tapi entah hidup entah mati kejap lagi
Harap anak cucu hargai semua ni nanti
Sebab aku tahu semua tu tak bawa mati

Aku pedulikan kau

Bila kita sudah ambil pedulikan sesuatu
Bukan beerti kita nak tagih kasih sayang atau busy body
Tapi kalau itu pun kau tak boleh reti
Aku mohon undur diri

Tolong

Aku sudah mula rasa
Aku sudah mula perasan
Yang kau dah tak macam aku kenal dulu kan
Kau berubah atau apa wahai kawan?

Aku perlukan kau yang dulu
Yang mula-mula aku kenal dulu
Tolonglah!


Penat

Suatu saat kau akan rasa
Letak kepala terus lena
Penat!

Silam

Aku harap aku tak ulang
Kisah silam yang terhutang
Yang selalu datang dan datang
Tak pasti apa yang kurang
Kerna masih lagi terbayang-bayang

Aku tetap yang dulu
Katamu aku sama saja tapi mungkin kau yang keliru
Susah bezakan mana aku yang benar ataupun yang palsu

Dah aku katakan dari dulu
Kau belum kenali aku

Gundah

Aku tak pasti apa ini
Serba tak kena serba tak sedap hati
Mungkin ini memang sengaja cari
Perasaan yang makan diri sendiri

Badang

Dugaan mendatang
Laluinya dengan tenang
Kau kan kuat laksana badang
Sebab tu aku sayang

Takut II

Mereka rancak bercakap
Aku cuma diam

Mereka sakan melaram
Aku tetap memilih untuk diam

Mereka kencang berbahas
Aku masih tetap diam

Aku diam dan diam dan terus diam
Sebab aku takut
Jadi aku diam

Sketsa dipintu Syurga

Pernah tengok sketsa tak?
Mestilah pernah bukan?
Yang biasa kita tengok ditelevisyen berbayar mahupun tidak

Jangan terkejut akhirat nanti pun kita sempat menyempat buat sketsa
Waktu tu tukang kritik sudah siap sedia
Tukang bagi habuan pun sudah tak sabar-sabar

Yang pasti waktu tu kita dah tak ambil pusing hal sekeliling
Yang paling utama waktu tu adalah diri sendiri

Takut I

Aku paling takut dengan diri sendiri
Takut dengan bayang-bayang yang kejar kemari
Entah dosa apa yang mengugut diri untuk mati
Mati rohani yang pelan-pelan makan diri

Aku takut!

Rahsia

Aku pendam
Aku simpan
Aku telan

Sendiri!

Rasa

Benda yang kita geli, takut dan tak suka
Suatu masa boleh jadi benda yang kita boleh hadap dan terima

Sebab kita terbiasa dan cuba
Cuba bagi peluang dan ruang untuk itu

Twin VIII

Citarasa kita berbeza
Hobi juga tak sama
Tapi kita tetap saudara
Kembar seibu sebapa

Kau ada?

Buka Mata

Cuba kau pandang sana
Cuba kau rasa apa yang ada disana

Tiada reaksi?

Apakah kau kurang deria rasa?
Atau kau ni buta?

Lekaslah!
Buka mata itu
Sebelum segalanya terlambat

Lelaki Awesome III

Riak wajah tak setanding model baju
Apatah lagi suara yang sumbang menyayi lagu
Aku tak berkira pun kalau kau begitu
Kalau dah pasti kau sajalah idaman kalbu

Angan-Angan

Aku ada kereta BMW
Juga rumah banglo fully furnished
Orang gaji lima orang

Tukang kebun tiga orang
Pak guard dua orang

Setiap bulan aku melancong
Habis pusing dalam negara ke luar negara pula

Emas permata usah dikira
Sebab tu, tak heran dengan cukai ke apa

Ada suami handsome berharta
Pandai ilmu akhirat, ilmu dunia apatah lagi
Jaga aku macam permaisuri
Bukan sebab takut, tapi sayang bini

Semua indah
Semua baik-baik
Tapi sayang, semua tu hanya angan-angan

Muslimah

Tak perlu nak diheboh-heboh
Yang kau ni muslimah bertudung labuh

Tak perlu nak dihebah-hebah
Yang kau ni seorang muslimah berpurdah

Gambarmu tak perlu ditayang-tayang
Menjadi tatapan yang bukan mahram
Gambarmu sebaiknya disimpan
Menjadi tatapan yang layak pandang

Jika hijrahmu kerana Tuhan
Tak akan kau hiraukan pujian orang

Jadilah muslimah yang mengejar Jannah
Bukan yang mengejar dunia yang mewah

Jadilah muslimah yang menjaga maruah
Seorang yang tabah
Seorang muslimah yang solehah

Hidup

Tak pernah terlintas di hati
Mahu berlalu pergi
Tapi takdir mahunya ini
Paksa aku angkat kaki

Maaf, kerna aku terpaksa
Saat kisah kita baru bermula
Baru mahu rasa bahagia
Namun, terpaksa dilupakan saja

Aku tak akan mengungkit
Pada sisa kisah kita yang sedikit
Aku tahu, masing-masing perlukan masa untuk bangkit
Untuk lupakan apa yang terpalit

Erti FH dihati aku

Ramai yang bertanya
Tak kurangnya dengan yang meneka
Tentang FH punya makna
Mahu tahu sampai sanggup janji simpan rahsia

Kelakar juga korang ini
Nampak sangat korang ni stalker sejati
Tapi takpe, aku tak ambil hati
Sebab aku sekarang suka hati

FH tu punya banyak erti
Bincang tak habis hingga ke pagi
Dalam sangat erti sampai orang nak tahu tapi tak kasi
Saja nak simpan ia kemas rapi dihati

Tak terlayan rasanya orang tanya
Aku rasa baik aku kasi tahu saja
Sebab malas dah nak diulang-ulang benda yang sama
Semua tu buang masa

Sesungguhnya FH itu benar-benar bererti untuk aku
Tapi bagi aku erti seorang emak itu tetap nombor satu
Cuma FH ini akan lebih beerti lepas dari ijab kabul aku
Aku tahu lambat laun FH dan aku tetap bersatu

Insha-Allah, kan Future Husband kan :)

Mahu

Jelaskan dengan jelas
Kalau boleh dengan lekas
Aku ni jenis malas
Malas baca akal yang waras

Katakan
Jangan simpan-simpan

Cinta IX

Kalau hati dah berkenan
Naik satu lift tingkat lain-lain pun dah suka sangat-sangat
Kebetulan pakai sedondon pun dah mengigau malam
Terserempak dekat jalan pun gembira bukan kepalang

Dah namanya pun hati berkenan
Tak nampak dah lain-lain pilihan

La Tahzan II

Tiba masa aku angkat kaki
Jauh bawa diri
Mungkin kerna aku tak sampai hati
Bagitahu yang aku akan mati

La Tahzan I

Nah tisu
Sapu air mata itu
Kerana aku tak sanggup lihat kau begitu

Twin VI

Aku cuba yang terbaik
Usaha pun dah sehabis limit
Untuk kau kakak, dari aku seorang adik

Twin IV

Distribute  for capital AJ

AJ forever yeah!

Twin V

Aku tak pandai luahkan rasa
Mungkin itu jelas nampak aku tak reti bahasa
Kau lebih dalam segala
Dan aku pula sebaliknya
Lumrah alam mana ada yang serba serbi sama serupa
Cuma harapnya akhirat nanti masuk syurga sama-sama

Twin III

Beza kita tak usah dibahaskan
Kerna jelas aku tak setanding untuk dipertandingkan
Apa saja yang jelek itu sila talakan
Biar tepat kena sasaran
Pastinya itu aku, kau bukan

Twin II

Aku tak pernah tahu apa warna kegemaran kau
Juga makanan kesukaan kau
Bahkan tak pasti itu ini fasal diri kau
Jelas aku tak layak jadi sebahagian dari hidup kau

Cinta VIII

Lagak gaya kau kalah primadona
Style tak sah kalau tak tiru diva
Cakap kau saja betul tak ada salah semua
Pendapat orang lain bulat-bulat tak nak terima

Cinta VII

Bibit cinta yang kian mekar
Tunggu masa untuk berlayar
Kau kemudi, aku rehat bersandar
Sampai masa kau captain dan aku adalah sailor

Cinta VI

Jika kau sedikit jujur lagi
Mungkin aku tak ambil hati
Bila lihat kau dan dia berkejaran lari
Yang kau cuba selindungkan dari aku ketahui
Sepastinya akulah yang banyak makan hati

Cinta IV

Aku tak sangka kau punya perasaan yang sama
Atau aku yang cuma perasan?

Twin I

Aku saja yang tak pernah ambil tahu
Yang aku ada pasangan kembar dari dulu
Sedar tapi tak pernah nak ambil tahu

Cinta III

Yang disitu
Tu tu tu~
Ya, yang sedikit manis bila senyum tu
Ya, kaulah yang selalu tekan button like untuk Instagram

Kenapa buat begitu?
Stalker ke sekadar bertanya khabar?

Tak kisahlah apa pun niat kau
Aku suka!

Bukan gila glemer tapi suka cara kau
Yang tak handsome tapi sedikit sopan
Awesome!

Dulu IV

Tak kisahlah kalau kau nak rasa hebat
Sebab itu hak Raqib Atib ambil report
Aku tak nak ambil port

Soalnya sekarang kenapa perlu rumitkan keadaan
Kau kata orang sekeliling tak faham
Padahal kau yang salah faham
Perlukah jadikan agama sebagai perdebatan

Aku bukan dari kalangan yang arif
Juga bukan dari kalangan yang suci bersih dari noda dosa
Mungkin itu kau tak nak terima kata
Tak apa, aku terima kerna aku pendosa

Tapi masing-masing punya sejarah silam
Dulu lain, sekarang lain
Siapa yang mahu terus ditakuk lama
Televisyen hitam putih pun sekarang dah tukar color
Jadi apa salahnya bertanya takut tersalah cara

Orang nak berubah usah didebat
Kelak kau yang kelu tanpa ayat
Jangan mahu berdalih kalau kau pun buat tak boleh

Terima saja semua itu
Nanti akhirat kita bincang ini isu
Tengok macam mana Tuhan nilai neraca amal
Kalau timbangan baik kau berat, kau menang
Kalau sebaliknya, faham-faham sendirilah

Cinta XI

Biasa aku lihat wajah itu
Dalam intaian dibalik langsir masjid

Biasa juga aku mendengar suaranya
Dalam merdunya laungan azan dinihari

Namun kini mana hilangnya?
Aku tercari-cari

Mohon kembali
Sebelum aku lemas dalam pencarian itu

Cinta II

Mungkin kau tak akan tahu kewujudan aku
Sebab kau tak habis pusing orang sekeliling kau
Kau tak akan tahu kelibat aku didepan kau
Sedang kau asyik dengan yang didepan mata

Aku tak akan tunjuk diri ini
Tapi carilah aku

Jujurnya aku tahu kau pun sedang mencari
Mencari aku yang kau pun tak pasti siapa aku
Mencari aku yang tidak apa jejak
Juga tidak ada bukti

Aku tetap disini
Menunggu kau selesaikan teka teki ini

Jika dalam penyelesaian teka teki ini
Kau tak lagi mampu untuk mencari aku
Aku terima itu sebagai kekalahan kau
Kekalahan kau untuk kenali aku

Tidak apa-apa
Kerna diantara kita tiada siapa yang rugi juga untung

Tomorrow

Aku risau kalau tiada lagi tomorrow buat kita
Kau selalu kata jumpa esok selepas kita berjumpa
Lupakah kau tomorrow itu cemburukan kita?
Cemburu melihat kita bermesra
Aku cuba sembunyikan kisah kita
Khuatir tomorrow tahu tentang kita
Tapi jelas, kita memang tidak boleh berengang seminit lima
Sekarang aku beritahu tomorrow
Bahwa kau dan aku selalu begini
Because tomorrow never die

Rakyat Marhaen

Bila bercakap kau saja yang betul
Orang lain bahlul

Kuasa kau lagak saja superhero
Ada hati nak ubah seantero

Kau selesa diatas
Lupa ke rakyat yang tidur tak beralas?

Lagak gaya tak nak kalah
Dasar cempedak lupakan galah

Sudahlah buat onar
Rakyat dekat bawah mahukan sinar

Tulis macam-macam pun kau bukan sedar
Harap akhirat nanti semua ini Tuhan bayar

Dulu III

Bila kita berubah
Orang tanya kita kenapa
Dah buang tabiat ke dah nak mati ke apa
Typical punya manusia

Aku sendiri pun pernah rasa
Saat aku mula-mula sarung stokin juga tudung labuh
Mereka siap tuduh aku buat dosa dek kerana tudung menutupi perut
"Mengandung ke sampai tudung tutup perut?"
Pelik juga aku rasa
Manusia lain-lain punya deria

Lepas aku sedikit kuat untuk hadap semua tu
Aku cuba tolong golongan yang mahukan perubahan
Tolong bagi semangat bukan menjatuhkan
Sebab dulu aku dah pernah rasa
Jadi aku tak nak yang lain pulak rasa perasaan tu
Sumpah! Perasaan tu tak best pun
Tapi cukuplah untuk disimpan sebagai kenangan anak cucu

Dulu II

Sebelum kau kenal aku yang sekarang

Kau tak akan tahu dulu aku ni tiga ratus enam puluh darjah bezanya
Kau tak tahu apa yang aku rasa pada masa dulu dan sekarang
Kau tak akan tahu mana letaknya stokin juga stogan aku
Kau juga tak akan habis fikir yang family aku ni jenis cukup atau tidak kainnya
Kau juga tak mampu bayangkan bagaimana mulut aku ni melaser orang
Kau juga tak akan rasa aku ni dari kalangan budak baik kalau kau perhati kawan sekeliling aku

Jadi aku harap kau hargai aku yang sekarang
Doakan aku untuk perubahan yang telah, sedang mahupun akan berlaku
Sebab kau belum tahu betapa susahnya aku untuk jadi yang sekarang

Dulu I

Suatu masa dulu
Aku punya impian
Yang ingin dijadikan kenyataan
Usaha aku bertingkat
Dengan harapan agar dapat
Tak kisahlah susah penat asalkan dapat

Tapi aku lupa
Usaha sebanyak mana pun
Kalau yang diatas sana tak kasi pun tak guna
Solat doa tunggang tonggek tak ikhlas pun tak dikira
Penat saja yang dapat apa guna?

Jadi aku tukar pelan
Biar kayuh pelan-pelan
Asalkan disana kelak pahala dikira
Bukan direject syurga dek kerana dosa tak berkenaan

Cinta I

Bila kita sukakan sesuatu
Semuanya jadi indah
Bunyi kentut yang hina pun boleh jadi lagu balada terindah
Malam hitam kelam boleh jadi cerah gemilang dengan lampu
touch light telefon

Semua tu untuk mereka yang tengah angau bercinta
Untuk mereka yang dalam hati berbunga-bunga
Bagi mereka yang ada kesayangan hati tercinta

Tapi bukan untuk orang macam aku
Yang tiada kena-mengena dengan semua tu :)

Kosong

Otak ini seakan kosong
Tiada nyawa juga nafsu
Sejak bila begini aku pun tak tahu

Fizikal boleh nampak
Bagaimanalah pula agaknya rohani ?
Bukan khabarnya cik kak rohani dan mak cik rohani
Tapi rohani dalaman yang sentiasa lapar juga dahaga
Runsing fikirkan rohani untuk bagi makan apa
Mahukah rohani akan roti nan mamak?
Atau seleranya cukup dengan biskut keras cicah milo?

Ohhh! Jiwa ini kosong!
Fikirkan alam seterusnya
Tidur makin lena
Dosa ringan-ringan makin kencang
Insaf seminit dua
Lepas tu kembali ke sedia kala

Ya Rabb! Ampuni aku!
Aku ini terlalu banyak melakukan kekhilafan
Layakkah aku ke taman-taman indah itu?
Atau aku ini calon yang akan ke gaung api? *Wal auzubillah
Mohon kembali kepadaMU tanpa tangan kosong

Atas

Mundar mandir mencari arah
Kusut fikirkan masalah
Diri keluh kesah
Mencari yang indah

Fitrah manusia yang selalu buat salah
Minta maaf berejam-jam disejadah
Angkat kaki lipat sejadah terus buat salah
Kata diri begini tak lagi betah
Jenis manusia tak nak kalah

Biar apa pun jadi
Jangan lupa kita hanya sementara disini
Bila-bila boleh berangkat pergi
Yang diatas cuma tunggu masa je nak tarik diri ini!

Lelaki Awesome II

Suratan jodoh kita sudah tertulis dari dulu
Cumanya belum ditemukan kerna belum sampai waktu
Aku tunggu untuk semua itu

Jadi, aku sedang persiapkan diri untuk kau
Mungkin sekarang aku tengah pilih baju
Mungkin sekarang aku tengah mekap tebal-tebal
Mungkin sekarang aku tengah sembur minyak wangi
Mungkin sekarang aku tengah hidangkan makanan
Mungkin juga sekarang aku tengah tunggu untuk solat berjemaah
Semua itu aku harap dapat buat dengan kau

Jika sekarang usaha aku begitu
Harapnya usaha kau lebih lagi
Sebab nanti aku harapkan kau pimpin tangan ini ke syurga

Lelaki Awesome I

Aku selalu harapkan lelaki yang baik perangainya
Juga handsome rupa parasnya
Lagi cunn kalau yang berharta

Tapi mungkin aku lupa
Aku ni pun apa je yang ada
Harapkan keluarga saja

Ohhh, lelaki yang awesome
Angan dalam mimpi saja
Semua hilang bila aku buka mata

Rindu Aku PadaMu

    صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد

Orang Tak Berapa Penting

Kadang-kadang kita tak perasan ada orang yang tengah ambil peduli pasal kita
Sedangkan kita hanya pandang sebelah mata je kat orang tu

Kadang-kadang orang tu sampai termimpi-mimpi dan air mata mengalir kat kita
Sedangkan kita waktu tu tengah bersuka-suka

Kadang-kadang orang tu selalu je ada bila susah senang untuk kita
Sedangkan kita tak pernah pun hargai dia

Kadang-kadang orang tu pendam saja apa yang dirasa kat kita
Sedangkan kita selalu saja sakitkan hati dia

Kadang-kadang orang yang tak berapa penting ni
Boleh jadi orang paling penting untuk kita tanpa kita ketahui

Bukan kita yang aturkan ia terjadi
Tapi Tuhan yang dah jadikannya sejak azali

Tertipu

Sungguh aku rasa tertipu
Bila mana kau mesej aku
Dan aku balas dengan hati yang berbunga
Tapi sebaliknya kau lakukan yang sama dengan dia berbintu ayahnya

Sungguh aku rasa tertipu
Bila kau membalas senyum aku
Saat kita bertentang mata
Sedangkan kau buat perkara yang sama dengan dia yang menaruh cinta

Sungguh aku rasa tertipu
Bila waktu aku dapat tahu
Kau juga rasa sama seperti aku rasa
Malangnya kau juga keliru untuk pilih sama ada dia ataupun aku

Sungguh aku rasa tertipu
Bila takdir kata bukan jodoh kita untuk bersatu
Saat itu aku dapat lihat kau sudah rela bawa diri untuk dia yang disitu

MCD

Kita umpama Mc Chicken, burger paling murah di Mcd
Juga umpama Mc Deluxe yang ada musimnya
Yang pasti kita selalu disana berkongsi cerita

Serupa Tapi Tak Sama

Dalam kuliah kita sama-sama mengantuk
Waktu lepak kita saling menyiku sampai terhantuk
Kalau melawak ketawa hingga terbatuk-batuk
Hakikatnya kita gembira sampai lupa hari esok

Geli

Sebelum aku dihati kau, aku tahu adanya dia
Tidak pula aku cemburu akan dia dihati kau
Bila berulang kali kau kisahkan saat indah kau berdua dengannya
Bikin aku sakit
Sakit telinga
Kerna geli

3 Tahun

Bukan lama pun
Seperti semalam baru rasanya
Rindu

Secangkir Teh

Kau buatkan aku secangkir teh
Ubat penenang katanya

Beban

Seperti beratus kampit beras di bahu ini
Bagai paip air yang bocor di mata ini
Umpama kaki terpasak dibumi
Telinga hingar tak jelas maksud isi
Semua beban ini aku tanggung sendiri
Bila kau tiada disisi

Cinta Tiga Segi

Kita tak punya persamaan pun
Cuma suatu masa dahulu kita pernah berkongsi
Berkongsi cinta pada orang yang sama
Bezanya aku yang angkat kaki untuk itu
Kerna aku mengalah untuk kau yang aku sayang

Suka Tak Suka

Sebelum terima kau
Aku pernah buat sketsa bunga
Kira kelopak bunga yang awalnya suka diikuti tak suka
Bila tiba pada kelopak akhir
Takdir sememangnya begitu
Aku senyum

PSDC

Aku tidak betah disini
Dengan mereka-mereka yang aku benci
Benci yang tiada hujung pangkal barangkali
Lama-lama aku sudah lali
Jatuh bangkit berdiri lari
Dan kini aku masih lagi jatuh
Jatuh sayang untuk tinggal pergi

Harapan

Hidup yang tak punya harapan
Sama saja dengan mati

Mohon

Aku selalu mohon kau pergi
Kerana rasa ini bikin aku genang
Untuk malam-malamku
Tanpa kau disisi
Tanpa bau kau untuk dihidu
Tanpa suara kau nyaring tak berlagu
Aku mohon untuk kau pergi tapi hati tak rela

Bacalah

Ya. Kau
Yang sedikit manisnya dari aku
Ya. Aku tulis untuk kau
Yang kehausan kata-kata dariku

Rindu

Bila kau rindu, kau luahkan
Bagi aku, tidak
Aku simpan kemas, rapi, erat
Di hati

Bisu

Aku bukannya peramah
Yang mampu buat kau tersenyum bila aku buka mulut
Jadi, aku biarkan saja kau dengan mereka yang peramah
Kerna disitu aku lihat kau bahagia
Untuk kebahagiaan kau, aku bisu

Jawapan

Masalah kita bila tiada jawapan
Aku tanya kau, kau tanya aku
Jadi jawapan kita buntu
Tapi uniknya disitu
Kita berkongsi jawapan
Sehati sejiwa gitu

Bahagi Tolak Tambah Darab

Hasil operasi hubungan kita
Aku tak pasti jawapannya apa
Kerna antara kau dan aku tiada bezanya
Sama saja dengan soalannya

Mati

Andai Tuhan beri aku buat pilihan
Aku ingin mati sebelum kau
Kerna aku tak sanggup hidup tanpa kau

Plan

Aku rancang semua yang indah
Jadi sebaliknya parah
Aku tak marah
Sebab tahu Tuhan akan pastikan hari esok kan cerah

Kalah

Selalu mengalah bila bersama
Bukan aku kalah, tapi beri peluang

Lesbian

Mata kau pedih, aku tolong tiupkan
Tangan kau tersepit, aku tolong anduhkan
Badan kau dihujani air hujan, aku payungkan
Kepala kau disandarkan dibahuku, aku relakan
Bila jalan-jalan kita pegang tangan sambil kau dakap aku erat
Ya, kita rapat tapi bukan itu

Kesah Pulak?

Kau manjakan aku bak puteri raja.
Kau peluk eratku bagai esok siangnya tiada
Kau beritakan kepada dunia, aku engkau yang punya
Tapi di belakang aku, kau madukan aku dengan mereka-mereka

Lari

Sejauh mana aku mampu lari, aku pun tak pasti
Sejauh larian itu, yang aku pasti
Tiap malamku sebelum mata lena dan mulut berair liur basi
Bayangan kau selalu muncul menari-nari

Segebu Pipimu

Aku tahu pipi kau gebu
Sebab itu aku mahu
Mahu cubit dan picit pipi kau
Itu saja yang aku tahu
Bila bersamamu

Cukup

Aku rasa cukup sampai disini
Kita berbahgi kasih
Usah kau tagih dan tagih
Kerana itu buat aku ketagih
Ketagih untuk ada kau disisi

Taman Itu

Akan aku ingat sampai mati
Saat di taman itu
Saat air mata kau deras sekali mengalir
Mengalir untuk aku
Aku bangga
Tapi kenapa air mata itu mengalir?
Disaat aku sedia angkat kaki
Kau sengaja atau pura-pura tidak tahu
Tolong jangan paksa aku
Untuk toleh belakang dan peluk kau
Kerana aku sudah tidak betah untuk sakit lagi
Sakit menyayangi kau

Facebook

Bukan pasal Najwa Latif dengan lagunya
Tapi pasal kita yang intim disana
Sampaikan ramai yang berbulu mata
Bukan sengaja tapi realiti itulah kita
Tidak apa-apa, aku sudah biasa layankan saja orang kata
Kerana kita adalah kita

Sahaja Aku Mencintaimu

Aku mencintaimu walaupun kau kasar
Aku mencintaimu walaupun kau gemuk
Aku mencintaimu walaupun kau tinggi dariku
Aku mencintaimu walaupun kau selalu nampak dia di balik aku
Aku mencintaimu walaupun kekurangan kau sama dengan kekurangan aku
Sesungguhnya aku mencintaimu kerana DIA

Bila Aku Menipu

Aku menipu, kau tak tahu
Anggap saja aku yang keliru
Tak sengaja aku buat begitu
Sekadar selindungkan apa yang aku tahu
Biarkan kau terus begitu
Kerana jelas, kau tak perlukan aku

Rencah Kawan

Orang berkawan aku pun berkawan
Tapi selalunya kita banyaknya berlawan
Mungkin rupanya macam haiwan
Buruk kau, aku simpan
Sebab aku sayang kau kawan

Aku Kau

Kita kawan
Selalu juga berlawan
Kerana aku yang suka begitu kan?
Dari situ aku dapat lihat diri kau yang sebenarnya

Unik
Penuh dengan kasih sayang walau dalam kekasaran
Banyak kali juga air mata kau keluar untuk aku
Tapi aku tak pasti tangisan itu untuk aku ataupun sekadar hobi
Jelas sekali aku jenis yang tidak pandai membaca isi hati kau kan? 

Cengeng

Aku rasa, aku cengeng
Mudah menangis tak semena
Takut yang tiba-tiba
Mengada-ngada entah apa-apa

Aku sendiri malu
Yang paling latest cengeng aku
Waktu tertinggal bas
Aku menangis depan kaunter bas
Aku malu tapi air mata ni tak terbendung lagi
Mencurah-curah bagai paip yang pecah
Dah tak ambil peduli orang tengok
Sudah tak kisah muka berubah wajah hodoh

Kerana aku tak kisah
Kalau bukan kerana cengeng aku ni
Mungkin aku tak dapat refund tiket bas tu
Jadi aku terima kelemahan ini sebagai suatu keistimewaan
Ya, aku terima yang aku ni cengeng
Kau ada?

*Terima kasih Tuhan untuk anugerah ni

Suratan Takdir

Selalu salahkan takdir
Marahkan suratan sindir menyindir
Nampak sangat mulut tu berlendir
Buruk perangai lebih dari Pak Pandir

Ini mengata tidaklah bukan
Hanya nasihat untuk sendiri punya badan
Tak mahu ikut resam kuman
Sebatu nampak dasar kau kuman
Gajah gemuk depan mata rabun

Cuma harapnya
Lepasni belajar dari alpa
Takut lupa esok dah tak ada didunia
Akhirat kena pikul bertimbun dosa


Janji

Ini bukunya
Tercatit janji yang ditabur
Semua manis belaka
Manis bak gula kapas

Tapi tak pasti apa yang kau mahu
Apa mahu kau pada janji
Janji yang semakin berkulat berulat
Tak dikotakan
Tak juga direalitikan

Barangkali nasib agaknya
Dari kecil dah biasa dirasuah
Mungkin janji ini salah satunya
Janji yang sekadar berbasa-basi

Tidak mengapa
Kerna aku bukan jenis tuntut janji
Aku terima apa yang diberi
Diam kalau tidak dikasi

Cuma harap aku pada kau
Sudahlah tabur menabur janji
Bikin orang lain susah hati
Susah hati tengok kau nak mati nanti
Dek kerana semua pahala kau orang kebas
Kesian kan?

Sendiri Pegang

Sejak lahir aku tak pernah tanya
Soal keturunan aku mahupun agama
Ikut sahaja diberi apa 
Dasar manusia berotak dan bernyawa

Bila usia makin meninggi
Baru reti nak sedar diri
Baru nak cari makna diri
Padahal sepuluh tahun kebelakang, aku masih kencing berdiri

Syukur masih diberi ruang
Walau sikit cukuplah untuk hargai peluang
Mohon nanti disana tak dihumban ke gaung 
Takut tak mampu nak tanggung

Aku tahu masing-masing alim 
Ilmu penuh didada yang dituntut siang malam
Sampai tak cukup ilmu dengan mualim
Ilmu hujung jari tuntut sampai penuh RAM

Jadi janganlah sibuk nak jalankan tugas Tuhan
Sampai lupa kau pun dulu dari cerok peleseran
Lagi baik sama-sama bantu top-up pahala tolak dosa ringan-ringan
Takut kau pulak yang terbabas dari lorong kanan

Aku masih bertatih kenal Tuhan
Jangan kerna perbezaan hujah kau ajak berlawan
Bukankah kita punya agama sealiran?
Jadi usah burukkan agama dek beza pegangan

Tulisanku

Aku menaip apa yang aku lihat
Apa yang aku baca di Twitter
Mungkin juga di Facebook
Atau barangkali juga di media sesawang seangkatannya

Tiada kaitan dengan aku
Jauh sekali diari hidup aku
Cumanya aku taip dengan cara aku
Luahkan pembendaharaan kata bersuku-suku

Mulutku tak banyak kata-kata yang ingin dilontarkan
Tak hairanlah aku tak pandai dalam bab karang cerita
Jauh sekali untuk diajak bersembang minum kopi bersama
Tapi aku ini pendengar yang setia
Bukan aku yang kata
Tapi mereka-mereka yang dekat dengan aku mengulas bicara

Ikut nafsu, banyak yang ingin dikata
Tak cukup tiga puluh hari untuk dicerita
Cukuplah hanya disini aku menumpang cinta
Sekadar hobi menekan keyboard kerna indah bunyinya

Maaf kalau ada tulisanku buat anda terasa
Bukan niat aku, jauh sekali nak buat anda terasa
Sebab setahu aku, tulisan aku ini tak ada yang sudi membaca
Terima kasihlah sebab sudi singgah menyapa
Lain masa aku cuba perbaiki kosa kata
Manalah tahu ada yang salah terlepas dari mata
Biasalah, aku pun manusia biasa

Doktrin Seorang Doktor

Aku peminat tegar seorang 'doktor' yang sorang ini
Siap stalk hari-hari pasal dia
Ingin ambil tahu serba serbi pasal dia
Kalau boleh mahu jadi paparazi demi tahu pasal dia

Tapi aku sedar diri
Siapalah aku untuk dia seorang 'doktor'
'Doktor' yang dikeliling orang yang hebat-hebat
Sedangkan aku hari-hari berhambat-hambat
Buat kerja demi puaskan hati majikan yang hebat

Nak tak nak aku teruskan stalk dia
Barangkali stalk itu sudah jatuh hobi nombor satu aku
Kalau sehari tak ambil tahu pasal dia
Aku boleh demam kepialu agaknya

Bertahun jugak aku buat perangai macam ini
Syukur, masih lagi tidak ketahuan
Mungkin aku akan terus kekal begini
Dengan hobi yang tak masuk akal ini 
Paling tidak sampai aku tahu 
Dia sudah punya pemilik pada akad ijab qabulnya
Waktu itu baru aku reti
Angkat kaki berlalu pergi
Tanpa dia sedari
Waktu itu aku sedang menangis belakang langsir

Makan Hati

Selalu jugak makan hati
Kadang-kadang tu gigit jari
Sakit hati punya fasal apa pun boleh jadi
Bezanya sekarang masih bertahan lagi

Cinta Bersegi-segi

Mungkin rasa kita berbeza
Atau mungkin jiwa kita tak sekata

Tapi aku peduli apa
Asalkan aku tahu kau baik-baik saja

Kerna bukan niat kita untuk jatuh cinta
Asalnya suka-suka cuma

Tak sangka lain pula jadinya
Sampai ke tahap dedikasi diari cinta

Aku tahu, aku bukan siapa-siapa
Sekadar peminat yang jauh dimata

Cukup untuk kau tahu
Aku tak kuat untuk hadapi cinta

Cinta bersegi-segi katanya
Mungkin cinta itu layaknya untuk dia

Ada baiknya aku berdiri disini saja
Lihat kau dengannya bahagia

Buta

Mata celik tapi buta
Buta yang didepan mata
Yang nun jauh itu juga nampaknya
Istimewa sangatkah dia?
Apa kurangnya aku dengan dia?

Mungkinkah?

Jauh kita tak nampak dimata
Namun dekat dihati

Bisu kita tak pernah bercakap
Tapi saling faham memahami

Perasaan didada ini diselindungkan
Sampai tak sedar air mata ini jatuh berjujuran

Apakah semua ini?
Rindukah?
Sayangkah?
Cintakah?

HAHA. Ini memang kelakar
Dan juga rumit
Rumit untuk difikirkan dalam-dalam
Mencari jalan penyelesaian hati dan perasaan

Tuhan sengaja uji atau ini penyakit yang sendiri cari
Tiada ubat sembuhkan diri
Tiada titik nokhtah terakhirnya kali
Tiada ayat ubah itu ini

Ohh. Azab dunia bahana cinta
Bukan mahuku
Juga bukan mahumu
Hmm. Mungkinkah?

Pujian

Aku tak punya apa-apa
Hanya Tuhan yang aku punya
Kalau kau puji aku untuk balasanya
Maaf. Aku tak mampu membalasnya

Pujian kau seakan tinggi Gunung Kinabalu
Dakinya susah
Apatah lagi menuruninya
Sedarkah kau akan itu?

Bukan aku sombong
Bangga, riak dengan pujian itu
Takut aku tenggelam dek pujian
Tenggelam yang tak timbul-timbul

Pesanku padamu
Jujur saja apa mahunya
Tak perlu puji memuji kias mengias
Ia buat aku rimas, kau tahu?

Fasa II

Tarik nafas dalam-dalam
Lepas pelan-pelan

Liku baru bakal bermula
Apa agaknya lagi yang bakal tiba

Yang pasti kali ini aku sudah bersedia
Hadapi segala yang bakal tiba

Mudah-mudahan kacang aje
Berlari kencang sambil harunginya

Awak, terima kasih awak.

Hari itu.
Saya terima pesanan.
Sangat ringkas tapi sopan.
Pesanan berupa balasan entri tempoh hari.
Tak sangka akan dibalas.
Ingatkan cukup sekadar memberitahu.
Terasa diberi perhatian.
Walau sekejap je pun.
Awak, jangan salah anggap.
Saya tulis bukan kerna cinta.
Tapi suka.
Sekadar suka peribadi awak.
Jauh sekali menganggap awak bakal imam saya.
Huh. Tidak barangkali tidak.
Mungkin ayat saya yang berbunga.
Atau ayat saya yang kurang makna.
Sampai awak fikir saya merana.
Ohh, tidak.
Meleset sekali tekaan awak.
Yang menjadi tanda tanya.
Apa sebab awak bertanya.
Sedangkan entri itu tanpa harga.
Tangan menaip selepas bahagia.
Awak, saya tengah bahagia lar awak.
Bahagia bila jauh dari awak.
Mungkin tak kenal awak lagi membahagiakan.
Sebab tak perlu layan perasaan.
Awak, saya bahagia dengan kasih sayang Tuhan.
Banyak tak berkurang.
Sentiasa ada walau tak berharap.
Ohh, bahagianya.
Saya tahu awak baik orangnya.
Bangga dapat kenal walau tak lama.
Kita tetap kawan sampai bila-bila.
Tapi izinkan saya cipta jarak antara kita.
Agar saya tak melampaui bicara.
Yang dah memang khilaf saya.
Saya buang awak dari muka buku.
Sengaja tak mahu tahu.
Dah selalu tengok, hati jadi malu.
Takut nanti malu jadi mahu.
Biarkan saja semua begini.
Jangan tambah perisa strawberi.
Yang kengkadang masam tapi ada manisnya sesekali.
Cukup sekadar melihat tanpa mengetahui apa isinya hati.
Buat awak yang dihormati.
Cukup sampai disini.
Sampai masa ditaip lagi.
Itu pun kalau hati ini sudi.

Pergi dan terus pergi

Kejamnya dunia
Biarkan kata-kata itu sebati dijiwa
Kerna amarah punya angkara
Dek hati yang merana

Hati ini disentuh dengan secubit simpati
Pada dia yang berlalu pergi
Mahu ditahan tapi apakan daya hati
Hanya mampu lihat tanpa nadi
Hilanglah kini gelak tawa

Bagai dunia kelam tanpa cahaya
Rindu bertamu mengusik jiwa
Hendak dimula tapi kelu bicara
Kau kawan, baik orangnya
Harap dikau temui bahagia disana

Jangan dilupa pada janji
Bersahabat sehidup semati
Kau pergi dan terus pergi
Tanpa menoleh kanan kiri

Jiwa meronta tahan sebak didada
Melihat kau pergi sambil kesat air mata
Tak guna aku meluah rasa
Yang terjadi tak mungkin di undur masa

Mahu tak mahu hadap saja
Kalau tak kau ditertawa oleh mereka-mereka
Aku disini, kau disana
Harapnya hati kita masih sama
Merindui saat manis bersama
Moga kekal memori itu selamanya

Sendiri Menyepi

Pernah tak jumpa
Orang yang pura-pura baik depan kau?
Tapi kau layankan saja

Sebab?

Saja nak tengok sampai bila dia nak berlakon

Bila hati berkata

Dah kau ni kenapa?
Muka senyum, mata berkaca
Susah sangat ke mulut nak berbicara
Atau perlu aku yang mula bertanya?

Hai kawan
Aku faham perasaan terpendam
Berlagak kau segagah badang
Mampu tanggung segala perasaan

Tak apalah kawan
Memang dah itu adat kehidupan
Rasalah sedikit sebanyak dugaan dari Tuhan
Untuk duga cekalnya iman
Tiba masa kau akan bahagia

Lupakan seketika rasa menguris jiwa
Aku kan ada
Teman dunia susah senang bersama
Harap kau tabah kawan
Hati memang suka berlawan
Ada saja yang nak ditawan
Cuma Tuhan saja tak nak restukan

Bila hati berkata-kata
Semua benda tak kena
Nasihat aku, abaikan saja
Tak guna ikutkan hati yang mengada-ngada

Selamat Jalan

Jalan kedepan terasa janggal
Jalan kebelakang terasa kekok
Kemanalah agaknya jalan yang tepat
Buat diri yang minta diundur

Mahu maju tapi akal mundur
Kalahkan pak kaduk yang kalah tertunduk
Terasa mereka kejam menghulur senduk
Seakan minta kepala diketuk

Walau apa yang terjadi
Kau dan aku terkorban mati
Ia tidak beerti aku mengalah minta simpati
Aku terima adat permainan dari azali
Yang kalah dipandang keji

Aku masih aku
Walau saat itu aku telah pergi
Jauh dari mereka tapi dekat dengan Ilahi

Mana mungkin terus disini
Orang dah halau, tak kan tak faham lagi
Biarkan mulut mereka berbicara
Kerna aku tetap dengan sebulat kata

Ingin angkat kaki berlalu pergi
Ucap selamat jalan pada mereka
Dan mungkin tak akan kembali

Menjadi Diriku

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan

Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

Terima kasih Ilahi
Atas segala yang Kau beri

Jangan Bersedih

Dunia ini masih seluas yang kau impikan
Tak perlu kau simpan luka itu
Sedalam yang kau rasa
Memang ada waktu agar kau boleh kembali semula
Percayalah padaku kita kan boleh melewatinya
Jangan bersedih oh kawanku aku masih ada disini
Semua pasti kan berlalu dan aku kan selalu bersamamu

Jalan hidup tak selamanya indah
Ada suka ada duka
Jalani semua yang kau rasakan

Kita pasti boleh !

Selalu Ada

Dari dulu
Tanpa jemu hanya satu, dalam rindu
Hari-hari kumenanti, dengan erti mengasihi
Jenuh waktu yang berliku, masih mahu bersamamu
Memahami, mengenali, tiada lagi menyendiri

Kau selalu ada, tika gelisah
Kau beri senyuman, bila kuresah
Kau janji setia, setiap kisah
Hingga berjauhan, tetap di wajah
Dan..terindah
Seringkali takkan pergi
Silih ganti, temani diri
Mula temu
Malu mahu
Musim lalu, kita pilu
Percayai tak mungkiri
Demi suci tulus hati
Sinar bayu, menyisir sayu

Kepadamu, dariku
Terima apa saja bezanya semua kita
Kebenaran kejujuran
Kau selalu ada
Ada kita

Ini untuk awak

Maaf awak
Saya dah tak mampu untuk berpura-pura lagi
Berpura-pura seperti tiada apa-apa
Sedangkan hati ini bercelaru bila awak menyapa

Ingat tak lagi sesi perkenalan kita?
23 April 2013 pukul 4.20pm di Wechat?
Awak mulakan bicara
Tanda ukhuwah bermula
Mahu kenal hasil cadangan kawan karib katanya
Saya percaya semua yang tertera

Seminggu berWechat beralih ke mesej pula
Walaupun jarang kita bermesej
Tapi awak tetap setia menyapa
Saya cuba tepis perasaan suka
Cuma kadang-kadang saya tewas dengan perasaan sendiri
Selalu sangat cepat jatuh hati
Walau hati kata tak sudi

Saya cuba lari dari awak
Dengan mencipta sejuta alasan
Agar saya tak perlu kusutkan fikiran
Melayan perasaan hasil godaan syaitan

Dalam tak sedar dah sebulan kita berkenalan
Namun tak pernah bersua muka
Memang itu hendaknya
Saya terima
Demi kebaikan bersama

Cuma kadang-kadang Tuhan menduga
Temukan kita tanpa bicara
Saya nampak awak cuma saja butakan mata
Jangan tanya kenapa
Sebab saya pun tak tahu apa

Pelik kan hati ini?
Memberontak sana sini
Bukan niat nak cari publisiti
Cuma mahu hilangkan resah hati

Awak
Saya sengaja serahkan awak untuk kawan saya
Saja nak cari pahala
Mana tahu mahligai kan terbina

Biarkan saya sendiri saja
Kekal sebagai kawan sebaya
Cuma harapnya satu saja
Tolong jangan ganggu saya

Biarkan semuanya begini saja
Jangan tambah episod perkenalan kita
Sebab saya akan kesana
Suatu tempat kita tak ada peluang bersua
Jauh dimata
Jauh dari cinta
Jauh dari awak semestinya

Saya doakan awak bahagia
Saya bahagia bila awak bahagia
Cuma satu pinta dari saya
Tolong bahagiakan kawan saya
Layan dia sebaiknya
Buat saya bangga
Sebab kenal awak
Yang saya gelar "kawan Wechatku"

Mahuku

Mahu kesitu
Tapi hati tak restu

Pandang depan, toleh tepi

Tak marah pun
Cuma tengah belajar berserah
Takdir yang dihadapan perlu diredah
Demi teruskan liku hidup yang bakal bernokhtah

Perjalananku

Kengkadang kita tak sedar
Sebenarnya kita akan pergi jauh
Yang perlukan kita untuk berlari
Agar cepat sampai ke destinasi

Memang diri ini tak mampu untuk terus berlari
Untuk kejar benda yang tak pasti
Penat, lelah barangkali
Mungkin juga takut untuk hadapi

Orang cakap senang saja untuk berlari
Berlari hanya tinggal angkat kaki
Cubalah kalau berani
Hadap sendiri yang didepan sambil berlari

Sebenarnya tak susah pun untuk berlari
Cuma sengaja hati ini mahu difahami
Sengaja tidak dilayan
Sepertinya cadangan ditolak dalam perdebatan

Biarkan lah kaki ini
Semahunya ingin berlari
Kehujung bumi sampai mati
Bukan mustahil kerna ini realiti

Kaki ini milik Ilahi
Tak berbayar tanpa bunga
Akhirat nanti baru ditanya
Berlari guna speed turbo pun tak guna

Hadaplah sendiri kaki punya kerja
Cakap banyak pun tak guna
Sendiri kaki sendiri punya
Pandai-pandailah nak jaga
Penat berlari jalan saja

Hati ini subjektif

Ini saja peluang kita
Untuk merasa apa yang dikata
Tak perlu bermuka-muka
Hanya jadi diri sendiri sahaja

Orang kebulan kita masih dibumi
Jangan berangan jika tahu tak berani
Biarkan apa yang nak jadi
Asalkan kita masih mampu berdiri

Hati ini banyak mahunya
Kadang pening memikirkannya
Pelik juga rasanya
Lain yang mahu lain yang jadinya
Mata ini sudah buta agaknya
Mahu A tapi nampaknya B dan C juga
Bertumbuk bertampar hanya kerna salahnya mata
Bodohnya rasa

Hai hati
Kenapalah perlunya begini
Susahnya nak difahami
Kalaulah hati boleh diganti
Mahu saja tukar-tukar silih berganti

Sekarang ini hanya mampu begini
Serah segala pada Ilahi
Yang Maha Mengerti isinya hati
In Shaa Allah lebih bererti
Daripada usaha bagaikan nak mati
Dek kerna kejar hendaknya hati

Harap-harap segalanya menjadi
Seperti yang dihajati
Jika tidak pun, tak apalah asalkan dapat terima realiti
Hidup ini tak semua dapat seperti mahunya dihati
Ya. Redha dengan ketentuan Ilahi

Ohhh Cinta

Inikah cinta?
Dalam sepi ada suka

Inikah cinta?
Dalam diam senyap memuja

Inikah cinta?
Dalam bisu tanpa kata ada senyumnya

Inikah cinta?
Dalam dendam kesumat ada maafnya

Inikah cinta?
Jauh terasing terasa dekatnya

Inikah cinta?
Jika itu cinta
Aku rela bercinta
Asalkan tidak jauh dari Yang Esa
Makin berdua, makin Tuhan suka
Rapatkanlah kami jika memang itu cinta

Insan ketiga terpinggir

Tidak apa-apa

Nampaknya kau sudah selesa
Bersama dia
Tampak kau kian bahagia
Senyum kau lebih perisa dari biasa

Tidak apa-apa

Kini jauh berbeza
Dunia dan seisinya tiada nilainya
Dunia senget pun nampak lurus dimata
Iyelah, dah ada yang lain bertakhta
Hati mula berbunga
Aku disisi nampak bagaikan tiada

Tidak apa-apa

Itu namanya bahagia
Aku tumpang gembira
Melihat kau mampu berdiri gagah perkasa
Mencari pengganti cantik jelita
Barangkali lebih segalanya

Tidak apa-apa

Aku cuma berharap kau tidak lupa
Tidak lupa janji kita
Bersahabat selamanya

Selagi itu

Selagi itu

Selagi aku ada cinta
Aku yakin
Aku masih punya segalanya

Selagi itu

Selagi aku ada bahagia
Aku yakin
Aku masih punya segalanya

Selagi itu

Selagi aku ada Iman
Aku yakin
Aku masih punya segalanya

Selagi itu

Selagi aku ada kamu
Aku yakin
Aku masih punya segalanya

Selagi itu

Selagi aku ada Tuhan
Aku yakin
Aku masih punya segalanya

Senyum Tidak Perlu Berkata Apa-Apa

Magiknya senyuman
Hati gelisah boleh tenang
Hati tidak keruan boleh cair
Hati gundah gulana boleh terubat
Ramuan apakah yang ada dalam senyuman?
Hingga senyuman itu begitu hebat?
Senyuman yang mampu sembunyikan rasa dihati?
Mana mungkin manusia yang berperasaan tahu rasa ini?
Jika senyuman itu mampu sembunyikan rasa hati

Ya Tuhan !
Hebat sungguh nikmat senyuman yang KAU beri ini ! :)

Terbang lebih tinggi

Andaikan diberi kata dua
Ingin sahaja aku terbang tinggi
Bersama unggas diatas sana

Andaikan diberi pilihan
Ingin sahaja aku pergi lebih tinggi
Kemana sahaja asalkan bukan dibumi

Andaikan semua mimpi menjadi realiti
Ingin sahaja aku lakarkan cerita indah ini
Padamkan semua cerita dibumi
Yang pasti rasanya kelat bersemi

Andaikan itu juga ini
Semua fantasi dialam realiti
Kebenarannya belum pasti
Indah bukan?
Hidup bagaikan ahli sihir dengan tongkat sakti
Dapat segala yang dihajati
Bahagia sudah pasti

Sayangnya
Kita hidup dialam usaha
Bukan dialam ahli silap mata
Hayunkan tongkat sakti semua menjadi seperti dihajati

Sedarlah
Ahli silap mata juga seperti kita
Perlu usaha bukan mimpi sahaja

Pilihan

Ohh Tuhan !

Acap kali hambaMU ini lemah
Acap kali hambaMU ini putus asa
Acap kali hambaMU ini tidak berdaya
Dalam membuat pilihan dalam kehidupan

Ohh Tuhan !

HambaMU ini tidak tahu membuat pilihan
Kiri mahupun kanan
Belakang mahupun hadapan
Tolong tunjukkan jalan Ya Tuhan

Ohh Tuhan !

Bila takdir terbentang dihadapan
HambaMU ini terpana
Hingga lupa untuk membuat pilihan
Pilihan yang melibatkan masa hadapan
Dunia atau akhirat
Syurga atau neraka
Bahagia atau derita

Ohh Tuhan !

Tidak mampu hambaMU ini membuat keputusan berseorangan
Tidak mampu hambaMU ini menerima keputusan berseorangan
Tidak mampu hambaMU ini mengharungi keputusan berseorangan
Sesungguhnya hambaMU ini benar-benar tidak mampu Ya Tuhan

Ohh Tuhan !

Bantulah hambaMU ini
Pimpinlah hambaMU ini
Bimbinglah hambaMU ini
Dalam membuat pilihan
Moga hambaMU ini temui bahagia dengan pilihan yang dibuat
Moga hambaMU ini tidak tersalah membuat pilihan
Moga hambaMU ini tidak menyesal membuat pilihan

Kesempatan

Kesempatan.

Aku harap masih lagi diberi kesempatan.
Kesempatan yang pertama.
Kesempatan yang terakhir kali hendaknya.
Kesempatan yang mampu ubah segalanya.
Mungkin juga kesempatan yang entah apa alasannya.

Kesempatan.

Aku masih terus berharap agar adanya kesempatan.
Kesempatan yang datang bawa untukku bahagia.
Kesempatan yang datang bawa untukku Syurga.
Kesempatan yang datang bawa untukku cinta Yang ESA.

Kesempatan.

Aku serah segala kesempatan yang datang padaMU Tuhan.
Kesempatan yang datang tidak mungkin berulang.
Kesempatan yang diambil atau ditunggu untuk dilakar bagi iktibar anak cucu Adam.
Kesempatan yang mampu ubah kemarau berpanjangan kepada pelangi indah.

Kesempatan.

Aku ini naif untuk melihat sesuatu itu adalah kesempatan.
Aku ini bodoh untuk tafsir sesuatu itu adalah kesempatan.
Aku ini dungu untuk tahu sesuatu itu adalah kesempatan.
Dari itu bantulah pimpinlah bimbinglah aku untuk ambil segala kesempatan.
Agar aku dapat ubah masa depan aku dari Neraka kepada Syurga.

Langkahku

Langkahku.

Makin bertambah hitungan hari.
Makin kencang pula langkahku ini.
Kadang-kadang itu pelan-pelan sahaja.
Penat barangkali.

Langkahku.

Diikutkan hati mahu sahaja pergi.
Pergi kemana sahaja inginnya hati.
Ke utara selatan timur juga barat.
Tidak kisahlah kemana sahaja asalkan bahagia ada disitu.

Langkahku.

Mungkin dahulu langkahku kurangnya basmallah.
Namun kini pantang dilupa kalimah itu.
Makin dilafaz makin kuat langkah diatur.
Terasa aura luar biasa pada langkah demi langkah itu.
Apakah itu namanya bahagia?

Langkahku.

Jika itu namanya bahagia.
Aku terima.
Jika dipaksa berlari kehujung dunia pun daku sanggup.
Kerana itu bahagia.

Awak dan Saya

Awak.

Malam, pagi dan petang saling berkongsi tugas.
Tidak pernah lewat punch card.
Cukup masa sahaja masing-masing ambil tempat.
Bulan pinjam cahaya dari matahari. Bintang menumpang didada langit. Awan ambil air dari laut.
Sungai dan yang lain-lain siram bumi.
Bumi tidak marah pun.
Sebab kilat dan guruh bagitahu awal-awal lagi.
Kadang-kadang tidak sempat nak bagitahu hujan dah singgah.
Tapi bumi memang sedia memahami.
Sedangkan lidah lagikan tergigitkan?
Semuanya saling perlu dan memerlukan.
Lengkap melengkapi.
Sebagaimana adam dan hawa.
Jasad dan nyawa.
Awak dan saya.
Mungkin ke?

Awak.

Jauh bukan penghalang,
Dekat bukan alasan,
Hati yang saya pandang.

Awak.

Sekarang harapan tinggal harapan.
Perjalanan ini masih jauh.
Realiti hidup awak sudah tamat.
Saya belum lagi.
Masih lagi terkapai-kapai mencari arah tuju.

Awak.

Sakit hati ini bila kita berpisah.
Perpisahan yang tidak dirancang.
Kerelaan yang terpaksa ditelan saban hari.
Tanpa kata nokhtah yang dinanti.
Buat hati ini tidak keruan.
Hanya mampu berserah pada Ilahi.

Awak.

Usah awak susah hati.
Saya baik-baik sahaja disini.
Sudah mampu untuk berdiri lagi.
Kadang-kadang itu berlari.
Walau apa yang terjadi.
Awak tetap dihati.
Sebagai sahabat sejati.
Juga kekasih hati.

#Khas buat Arwah Nik Nur Adam Daniel Hafiz Bin Nik Adham

Jalan Dakwah.

Jalan Dakwah.

Jalan ini bukan untuk orang yang takut susah,
Jalan ini bukan untuk orang yang manja,
Jalan ini bukan untuk orang yang membelot,
Jalan ini bukan untuk orang yang lemah semangat,
Jalan ini bukan untuk orang yang mengharapkan ganjaran,
Jalan ini juga bukan untuk mereka yang mudah beralasan.

Jalan Dakwah.

Jalan ini banyak mata yang memandang,
Jalan ini banyak mulut yang bercakap,
Dan aku telah memilih jalan ini,
Mana mungkin aku berpatah balik.

Jodoh Aku Datang

Jodoh.

Masing-masing punya JODOH tersendiri,
Pilihan terserah pada diri,
Mahu yang begitu mahupun begini,
Selagi tidak jumpa JODOH yang berkenan dihati,
Selagi itulah teruskan mencari,

Jodoh.

Aku cari,
Cuma kadang-kadang hati tidak nampak,
Buta barangkali,
Tapi aku tetap tidak dapat merasai kehadiran kau walaupun kau dekat dihati,
Kenapa?
Kenapa kau dekat tapi tidak masuk kehati aku?
Tidak susah bukan?
Atau mngkin sahaja kau cuma ingin mainkan perasaan ini?
Ohh. Usah kau siksa batin aku ini,
Sememangnya aku tidak kuat!
Tidak kuat untuk hadapi onak badai yang entah bagaimana keadaannya.

Jodoh.

Tidak kisahlah kau dimana sekalipun,
Aku tidak peduli,
Ya !
Baiklah aku ulang sekali lagi,
Aku tidak peduli lagi tentang kau,
Mahu tahu sebabnya?
Ohh. Come on. Tidak mungkin kau tidak tahu?
Benar kau ingin tahu sebab nya?
Tidak menyesal?
Okey,
Aku sudah tidak peduli tentang kau kerana aku sudah tahu yang Allah telah pun aturkan segala-galanya dengan baik,
Termasuklah soal JODOH,
Oleh sebab itu,
Ingin aku katakan,
"Aku tunggu kau JODOH!"

Jodoh.

Sebagaimana Allah telah tetapkan,
Kiri pasti bersamanya kanan,
Atas bersamanya bawah,
Satu pastinya berdua,
Sebelah pasti melengkapi pasangannya menjadi sepasang.
Jadi itulah namanya JODOH,
JODOH pastinya ada,
Cuma bezanya bila dimana dirahsiakan,
Surprise lar katakan.
Sweet kan JODOH ni ?!

Langit Biru.

Langit Biru,

Indah sungguh dikau,
Makin dipandang hati makin sayu,
Ingin sekali aku menyentuh membelai dirimu,
Tapi aku sedar siapalah aku ini untuk berbuat begitu.

Langit Biru,

Kau tinggi nun disana,
Aku dibawah kejauhan disini,
Mana mungkin kita bersama,
Tidak masuk akal itu semua,
Tapi tidak salah untuk kau beri aku peluang dan ruang untuk aku buktikan kita mampu bersama,
Tolong. Berilah aku kesempatan untuk buktikan semua itu.

Langit Biru,

Terima kasih !
Aku puas !
Puas hati selepas diberi peluang untuk melalui dada kau,
Walaupun cuma sebentar,
Namun sudah memadai bagi aku,
Memadai untuk aku tahu aku dan kau tidak mungkin dapat bersama.

Langit Biru,

Kini aku mulai sedar,
Kita sememangnya tidak mungkin akan bersama,
Namun begitu kau tidak perlu khuatir,
Aku baik-baik sahaja disini,
Masih memerhatikan kau dikejauhan ini,
Walaupun tidak mampu untuk berada dekat dengan kau,
Tapi aku bahagia,
Bahagia kerana kau masih setia dengan aku dulu kini dan selama mana Tuhan kita takdirkan kita saling memerlukan.

Turun dan Naik

Ya !
Yang turun mulanya pada naik
Itu fitrah sejak azali lagi
Tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan itu

Ya !
Yang turun tidak sesenang untuk naik
Cubaan dan halangan yang mendatang terpaksa ditempuh untuk naik
Namun tidak sesusah untuk turun
Mana mungkin untuk terus kekal di atas kan?
Sebab itu kadang-kadang ada yang perlu turun
Tidak kira apa jua situasi mahupun alasan
Bila Yang Maha Pencipta arahkan hamba kerdil untuk sesuatu maka tiada yang mampu mengubahnya

Ya !
Kunfayakun !
Oleh itu kenalilah diri ini bahawa kita hamba
Tidak berhak untuk sesuatu dan tiada hak pun sebenarnya
Rendahkan diri kita ini kerana kita tetap hamba
Hamba hina serta kerdil yang dicipta oleh Yang Maha Pencipta
Tidak sia-sia kita dicipta kerana ada penghujung pada naik juga turun kita ini
Penghujung pada naik juga turun kita adalah untuk menentukan siapa pemenang

Ya !
Pemenang yang bertuah merebut SYURGA kekal abadi

Jalan dan Destinasi

Jalan,
Sungguh banyak jalan yang terpaksa ditempuh,
Sampaikan diri ini tidak sanggup lagi untuk berjalan,
Untuk sampai ke destinasi yang berbeza-beza bagi setiap hamba yang berjalan,
Bukan malas untuk teruskan perjalanan,
Tapi penat dan lelah yang menjadi asbab untuk hamba ini melewatkan perjalanan ini sampai ke destinasinya,
Tidak sanggup untuk jatuh dan sakit dek kerana perjalanan yang sangat panjang,
Kerana itu hamba kerdil ini membuat pilihan,
Pilihan untuk bertatih dan merangkak asalkan sampai ke destinasi,
Detik hati "biar lambat, asalkan tidak sakit yang patut ditanggung",
Ya !
Biarkan hamba kerdil ini lambat tiba ke destinasi yang dituju,
Asalkan selamat sampai ke destinasi dan tidak jatuh sakit mahupun terluka dek perjalanan ini,
Biarkan mereka ketawa mengilai diatas kelewatan hamba ini sampai ke destinasi,
Asalkan diri selamat,
Selamat berada di jalan Sang Pencipta,
Jalan menuju destinasi yang kekal abadi lagi indah,
Indah tanpa perlu menanggung sakit serta lelah,
In Shaa Allah,
Itu jalan kita !

My First Words

Assalamualaikum,
Ucapan salam perkenalan untuk semua anak cucu cicit Adam & Hawa,
Dari diri yang kerdil lagi hina,
Kedatangan hamba tidaklah bermaksud untuk mengganggu ruang hidup kalian semua,
Sekadar untuk berkongsi cerita.
Manalah tahu kita serupa,
Dapatlah kita berkongsi rasa selagi nyawa masih ada,
Moga laman sesawang ini bermanfaat untuk semua,
Lain hari, lain masa, lain waktu dan ketika,
In Shaa Allah,
Kita akan berkongsi cerita.
Akhir kalam dari hamba,
Semoga Yang Maha Pencipta kita merahmati kita dunia akhirat hendakNYA ;)