Ungkit

Perlu ke untuk mengungkit?
Atau pendam sahaja?

Orang perempuan ni kalau nak berkira macam-macam dia boleh berkira.

Dialah yang menerima segala alahan ketika mengandung sampai lembih badan
Dialah yang menerima berat badan yang meningkat semasa mengandung
Dialah yang menerima tanda-tanda stretchmarks selepas bersalin
Dialah yang menerima kesakitan ketika melahirkan
Berapa jam dia menahan sakit contractions?
Tapi dia tahan
Dialah yang menerima kesakitan ketika dijahit hidup-hidup
Dialah yang menerima sakit berpantang, sakit rengat dan pelbagai sakit lagi
Tak campur lagi anak menangis, berjaga malam dan sebagainya

Dialah yang menjaga anak, yang menyusu anak, dialah yang mandikan anak, yang menidurkan anak. Anak merap, dialah yang pujuk
Dialah memasak, dialah mengemas, dialah yang membasuh pakaian

Suami bila balik dia tak rasa apa sebab semua telah diselesaikan sebelum dia balik

Sebab tu aku rasa, perempuan kalau nak berkira macam—macam boleh berkira
Tapi dia tidak
Dia senyap dan buat kerjanya

Apalah sangat pengorbanan orang perempuan dengan masa yang orang lelaki aka suami korbankan untuk mereka?


Semoga pembalasan الله lagi adil bagi segalanya 

Pregnancy Journey

Terlebih dahulu, sengaja nak share something personal kat this post untuk dijadikan kenangan mengenai pregnancy journey. Orang kata sharing is caring kan. For me, 98% memory pregnancy journey aku hanya berkisar tentang kesakitan. Kalau orang lain takde pon sakit macam aku ni. Kengkadang tu aku pulak yang rasa badan aku ni mengada sangat. Banyak sangat sakit. Kejap sakit situ, kejap sakit sini. At last, gugur jugak. Sedih bukan? 

Suatu masa, aku rasa macam الله belum takdir kat aku untuk merasa jadi ibu. Sekadar nak bagi aku rasa macam mana rasanya sakit tu dulu. Sedih sebab dengar orang mengata tu tak sesedih bila tahu gugur. 

Bukan mengeluh or marahkan الله cuma nak luahkan je rasa yang dirasa. Mana tau ada yang senasib. Pengalaman pregnant macam aku, hanya pregnant then gugur. Ni dah kali ke-4 dalam usia perkahwinan aku nak masuk 3 tahun ni. Not bad. Sakit tu kalau boleh bagi orang rasa, dah lama bagi sikit sorang. Kalau hati manusia boleh cuci macam cuci masa gugur ni, dah lama aku pergi. Biar keluar semua keladak dosa dan noda. Fuhh! Gituuww!

Memang layaklah title seorang ibu itu dihormati dan disanjungi hingga akhir nyawa. Aku belum pernah merasa proses melahirkan, tapi tahap sakit gugur dah cukup sakit dah rasa. Bab cuci bersih tu lagi ngilu nak citer, tapi next time jelah.


Cukuplah sampai sini. Jom sambung makan ketupat rendang di screen telefon saja. Sempena bulan baik, hari baik ni, aku cuma nak mintak maaf kat semua orang yang secara langsung aku kenal or tak. Maaf zahir batin, terlebih terkurang mitak halal. Jemput datang raya rumah ye ✌🏻

Dua

Sept 16, 2018
Masih dua jiwa
Bercinta bermesra
Bergelak ketawa
Kadang mungkin ada menangis hiba
Cuma hati kuat kata “...biar begini selamanya.....”
Realiti penuh nista, harap ada penyeri dari orang ketiga

Ya
Tipu kalau kata takde rezeki lagi
Sebab Allah  tak pernah lambat soal itu ini
Cuma kami yang perlu lagi belajar bersabar hati
Orang yang ditunggu nanti tiba dipelukan kami

Rumahtangga kami percayakan ini
Tuhan kami tak pernah typo dalam perancanganNYA
Serah saja, kami hadapinya

Mohamed Essa tolong sabar lagi
Tahun ini belum tuah kita
Harap tak bosan menunggu rezeki kita yang otw tu

Been waiting

Dah setahun
Dan masih menanti
Penyeri rumahtangga kami

Rumahtangga yang sekarang bukan tak berseri
Bukan juga suram tak berpenghuni
Cuma bosan asyik berdua
Tu pun kengkadang ditinggal-tinggalkan juga
Si dia nun jauh di lautan sana

Ya Tuhan
Kurniakan kami penyeri
Penyejuk mata penawar hati

Kami percaya, Kau sebaik-baik perancang!
Lama mana pun, kami tunggu
Cuma jangan lama-lama, takut kami “pergi” dulu
Musnahlah harapan kami mahu “melabur” saham akhirat
Tiadalah “pengirim” doa dan Fatihah

Moga tahun ni
Makbul doa kami ini


Yang benar,
Hamba berharap

Bahagia

Tiap detik yang berlalu tanpa aku coretkan didada blog ini
Sesungguhnya detik yang bahagia
Tak sempat nak kongsi
Tak sempat nak bagitau
Sedari diri ini tengah bahagia

Aku doakan kalian juga begitu

Unplanned Marriage

Jun, mak kenalkan pilihan menantu yang dia berkenan
Julai, hampir putus asa tapi tewas dengan pertunangan
September, alhamdulilah akhirnya selamat di ijab kabulkan dengan menantu pilihan mak

Tak rancang pun nak kahwin tahun ni
Betullah kot orang kata, bukan semua ditangan kita

Lari

Makin dekat dengan realiti
Makin aku tak sabar nak pusing, lari
Lari dari manusia yang tak kenal erti lelah
Lari dari semua perkara yang aku tak suka
Lari dari apa yang aku sendiri tak faham
Lari dari semua benda yang aku takutkan
Lari tu tak jauh pun, masih didalam rumah sendiri
Lari kepada suatu sudut, dimana aku sendirian, bilik aku

Saat itu, aku sorok kunci pendua
Kunci pintu bilik rapat-rapat dan bertapa situ sampai reput

Wahh! Bahagianya kalau dapat buat begitu
Sayangnya, semua itu hanya dalam mimpi
Kalau dapat buat, dunia nak kiamatlah kot rasanya

Visual or audio?

Masuk kandang kambing, mengembek
Masuk kandang lembu, mengemoo
Masuk kandang rimau, mengaum
Masuk kandang khinzir, meng-oink-oink

Well, i am a visual and audio learner

Come on!

Makan sedap mulut, gemuk gedempol
Bersenam satu dua hari, harap boleh kurus
Come on, sesuatu sangat

Sama juga dengan situasi ni
Kutuk belakang bermuka-muka, jahat gila
Pastu harap orang boleh maafkan sekelip mata
Aku ulang sekali lagi
Come on, sesuatu sangat

Logiklah sikit dengan apa yang diminta
Sebab kita semua bukan malaikat, jadi paham sendiri-sendirilah

Husnuzon

Lelaki yang suruh mak ayah dia yang cari calon isteri
Bagi aku ada dua sebab
First, sebab dia GAY
Second, sebab dia seorang anak soleh yang patuh dan taat pada mak ayah dia

So, aku cuba husnuzon dengan dia menggunakan sebab kedua tadi tu

Radio buruk

Masuk kereta
Drive lebih kurang lima minit menuju ke kedai runcit
Buka radio X, siar lagu putus cinta
Radio Y, lagu putus asa
Radio Z, derita kecewa

Aku terus tutup radio

Detik hati aku
Mungkin rakyat Malaysia suka lagu cenggitu, kot

Why border? Why?

Post kali ni more to apa yang aku fikir
Campur sikit adat resam ikut-ikutan tanpa hujung pangkal
Terima je orang suap apa pun, main bedal

Kenapa dari kecik kita selalu diajar dengan adat resam?
Contohnya "Jangan duduk atas bantal tu, nanti bisul"
Tak pun "Jangan menyanyi dekat dapur, nanti kahwin laki tua"
Atau "Jangan makan beralih tempat, nanti kahwin cerai kahwin cerai"
Jangan itu jangan ini and so on

Kenapa ada border? Kenapa?
Aku dah lama nak tanya kat mak pasal ni
Tapi berkubur ditengah jalan, malas barangkali
Apapun, border yang orang tua buat tu sejujurnya telah melahirkan anak yang ingin mencuba
Atau lebih tepatnya memberontak, kott

Maksud aku, kita dedulu tak mampu bertanya
Tak didedahkan pun dengan budaya bertanya
Tapi melalui tindakan kita lah sebenarnya membuktikan kita ingin tahu
Well, action speaks louder than words

Mak kita dulu sengaja bagitau kita border yang macam-macam
Tapi kita sengaja langgar border tu sebenarnya
Sebab kita nak tahu kesan akibat musababnya

Maka terjadilah agenda piat telinga
Pukul dengan hanger, lari keliling kampung
Asalnya hanya sebab kita langgar border yang telah ditetapkan tu

Honestly, aku pun tak pasti kenapa aku taip benda ni
Sekadar berkongsi apa yang aku fikir
Kalau rasa buang masa, sorrylah tak paksa pun suruh baca tadi :)

In·som·ni·a

Susah untuk lelap
Kelopak mata gagah bertahan hingga terbit fajar
Dikelip-kelip tidak juga mahu berair liur basi

Sepertinya makin parah
Berlarutan sudah masuk tiga bulan
Perlukan ubat!

Random

Aku hidup lagi, syukur
Tak kemana-mana, masih sibuk dengan dunia
Bahkan lebih bahagia daripada sebelumnya

Aku harap kau yang baca begitu juga
Aku tak lupa, cuma sibuk saja
Ada masa mesej aku, kita minum sama

Resignation Notice

Buat masa ni aku cuma hitung hari
Suatu perasaan yang tak dapat aku describe kan
Bakal meninggalkan gelanggang gaduh bertinju demi dapatkan gaji

Terima kasih sebab bayar gaji aku on time tiap bulan
Terima kasih sebab ajar aku menjadi seorang yang kebal
Terima kasih sebab bagi aku rasa bila berada diatas juga dibawah

Moga, hari yang mendatang lebih baik sempurna sentosa hendakNYA

Jodoh lambat?

Diusia yang sekarang ni
Bila tengok kawan-kawan ramai yang dah naik pelamin
Aku dah tak sentap macam dulu dah
Aku dah boleh terima hakikat
Aku anggap jodoh aku masih sesat, lupa on waze barangkali
Ataupun jodoh aku tu masih tak jumpa parking, sebab parking lot penuh

So keep calm and put your shades on :)

5

Setelah apa yang jadi
Jatuh bangun berdiri berlari
Tiba masa aku angkat kaki, pergi
Rasa tak berbaloi pulak bila fikir apa yang dah jadi ni

Lima tahun bukan suatu jangka masa yang lama

Jangan jajah kami!

Takde duit takpe, jangan mencuri hak kami
Takde harta takpe, jangan menipu kami
Takde apa-apa takpe, jangan tindas kami

Sebab dulu kita dah pernah janji
Susah senang sama-sama

Jangan lupa jasa datuk nenek
Ingat balik macam mana kita dulu nak bangkit

Jangan jajah kami Najib, jangan
Ingat tu!

Cruel

Bila sedang marah
Hilanglah waras kita
Yang selama ini kita control tu
Sehinggakan kita buat sesuatu yang luar biasa

Aku minta maaf
Pada yang pernah rasa aku bersikap kejam
Bagi tiap apa yang pernah mengguris hati
Untuk segala yang tersakiti secara langsung atau tidak

Maaf, aku kejam

Buddyz

Sejenis sabar yang perlu ada
Bilamana berhadapan manusia yang annoying nya tahap giler
Apatah lagi tutur bicaranya yang entah apa-apa
Ideanya selalu masuk air punya dan tentunya tak boleh guna

Nak buat macam mana
Dah nama pun kawan, jadi hadap saja

Sorang-sorang

Rasa yang aku kira lahanat gila ini

Aku simpan pendam
Aku kunyah lumat
Aku tanam dalam-dalam

Sendiri!

Bangladeshi

Bukan kami tak sudi
Terima Bangla datang sini cari rezeki
Cuma kami rasa macam dah tak dihargai
Duduk negara sendiri tapi layan kami serupa kuli
Atleast bagilah kami ruang, usahakan rezeki kami sendiri
Bagi kami peluang, bukakan jalan ke periuk nasi kami

Bangkit kawan
Buka mata, usah lena lagi, jangan terpedaya
Masa ni lah kena guna peribahasa Melayu "Bersatu teguh, bercerai kita roboh"

Mari menari

Kau okay ke tidak ni?
Luahkan segalanya disini, lekas
Usah pendam lagi, khabarkan

Mari menari duhai jari
Disini saja tempat sesuai untuk lempiaskan semua yang kau rasa
Jari kau tinggal pilih saja tarian apa yang mahu, salsa? ballet? zapin?

Jujur

Aku suka bila kau jujur
Cumanya jujur itu telah ubah diri aku
Aku dah tak sama lagi dengan aku yang dulu
Everything has change you know?

Jadi, jangan tanya aku kenapa berubah
Jujur, kau tak sanggup nak dengar semuanya
Ya, jujur

4023 batu III

Aku terbuka emel personal
Yang dah lama sudah tidak dibuka
Kira-kira adalah sebulan dua

Di inbox, tertera nama pengirim yang aku kenal
Pengirim emel yang dah lama aku tunggu khabar beritanya
Deras-deras aku klik untuk buka dan baca isinya
Emelnya cukup panjang patah perkataannya, kalah karangan SPM dulu-dulu
Emelnya dimulai dengan maaf dan diakhiri juga dengan maaf
Emelnya penuh dengan kata-kata maaf yang aku kira ada tujuh puluh tiga kali
Emelnya minta aku bawa diri, pilih yang lebih layak untuk dimiliki
Emelnya bunyinya seperti dia sudah punya pengganti

Okay baiklah, aku mengerti
Usah buang masa lagi
Mari kita angkat kaki, buat hal sendiri
Usah toleh lagi, aku dah biasa kena macam ni
Yang pasti kau jujur dengan semua ini

Aku doakan kau bahagia
Bahagia dari segi yang kau harapkan
Bahagia dari segi yang kau perjuangkan
Bahagia dari segi yang kau mahukan

4023 batu
Cukup sampai sini

Melayu, Cina dan India cuti

Ahli Kabinet Malaysia dah sepakat bagi cuti dua hari
Untuk Hari Raya Cina nanti
Jadi semua kaum suka hati, takde perasaan iri hati
Masing-masing happy sebab boleh balik kampung jumpa famili

Dalam kes macam ni
Takde pulak timbul isu perkauman dan perasaan dengki
Dah nama pun cuti, siapa tak sudi terima yedak?

Case closed!

Beban

Betapa aku mengharap
Apa yang jadi ini mimpi belaka
Khayal aku sahaja
Angan semata-mata

Tak mampu lagi nak pikul semua itu
Bebanan yang menunggu untuk hempap diri

#hanyadikedah 2016

Panas terik
Lari berteduh
Buang yang cerdik
Ganti yang bodoh

4023 batu II

Skype sudah lama tiada khabar berita
Whatsapp dan Telegram juga bisu tanpa notification
Facetime juga sudah tiada dalam recent call phone aku

Apa perlu aku buat?
Angkat kaki dan blah? Ya, aku mampu buat

Cumanya aku perlu kepastian
Jangan cuma diam dan anggap aku faham
Khabarkan pada aku, aku tak marah bahkan aku faham

Lesen perjuangan?

Merah, berhenti
Kuning, bersedia untuk berhenti
Hijau, jalan jika tiada kenderaan menghalang
Biru, tiada dalam mana-mana akta pengangkutan awam dunia

So, tell me which one could you choose?

Fashion paddle pop?

Kita punya selera berbeza-beza
Yang disukai pun tak sama
Adatlah kalau kadang ada yang buat kita tak seia sekata

Aku suka kebaya
Kau suka skirt paras peha
Aku suka jenis minimalist
Kau suka kontemporari

Well, sekarang bukan saja ada fashion color blocking
Fashion paddle pop juga, kau yang bagaimana?

Fikir dulu sebelum minta

Kadang-kadang kita pun tak pasti dengan apa yang kita pinta
Dengan apa yang kita harapkan
Dengan apa yang kita pohonkan
Kita keliru untuk tentukan apa yang kita perlu minta sebenarnya

Dan pabila apa yang kita pinta, harap dan mohonkan itu jadi sebaliknya
Kita bertanyakan Tuhan, apakah kerana Dia sudah tidak sayangkan kita?
Kita bodoh untuk mentafsir apa yang Tuhan aturkan untuk kita

Jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita pinta

FAQ VII

Soalan dari anonymous ni
"Apa perlu dibuat bila mak bapak si dia jenis berkasta?"

I feel you, babes!
Saja nak share ni, kisah tiga tahun lepas
Kisah jodoh tak panjang, berhenti di highway LEKAS
Couple dengan anak dia, siap mintak CV and certificate
Ada interview tertutup dimana si anaknya tak tahu pun
Whatsapp and mesej ayat berbaur sinis setiap minggu

Aku rilek je memula
Anggap jelah couple tu  jenis anak mak
Ingatkan mak bapak dia ni jenis rasa anak dia insecure dengan orang lain
But, bila berlarutan dan mula rasa rimas, aku decide to move on
Tak guna bercinta pung pang pung pang kalau mak bapak dia tak restu
Rancang itu ini tapi doa mak bapak dia takde, tak guna jugak

Just from my review and opinion
First kena bawa berbincang
Macam kes aku tu, aku bincang leklok dengan mak bapak dan si dia
Terang benda yang jadi, and in future 
Kalau mak bapak dia tu paham and nak kan korang terus bersama, then teruskanlah
Tapi kalau mak bapak dia tu ada excuse lain lagi, better kau angkat kaki dulu
Persetankan hubungan cenggitu sebab tak bahagia juga kalau kahwin nanti

Second, kalau cinta korang ni dah tahap Laila Majnun
Berpisah tiada, mati pun sanggup bersama
Korang kenalah harung semua celaan mak bapak si dia tu selamanya
Sampai dorang boleh accept korang ni memang dah jodoh bersama

Conclusion nya, kena tahu sebab mak bapak dia tu buat cenggitu
Kalau reason dia munasabah, okay terima
Kalau kelaut, better jangan teruskan relationship tersebut
Sebab kita nak hidup semati hingga ke syurga dengan si dia
Tapi mak bapak dia juga penting, sebab dorang ni jambatan kita kesana
Kalau dah kahwin dengan si dia, means kahwin juga dengan mak bapak dia

Aku tak kahwin lagi buat masa ni, so soalan ni awkward sikit
Better tanya yang lebih arif
Yang aku jawab ni based on pandangan aku 
Kalau tak boleh terima, itu hak kau jadi aku peduli apa

Nasihat dari aku
Bertabahanlah dengan manusia macam ni
Kengkadang susah nak paham sebab musabab dorang buat sesuatu tu 

Pelikans III

Pernah tak korang masak something yang pelik?
Dari sumber youtube korang combine semua ingredients jadi satu menu?
Resepi tu korang main bedal je, and suprising its awesome menjadi?

Nak join tak pelikans aku ni?

Pelikans II

Pernah tak korang rasa nak travel?
Pergi somewhere yang baru and takde siapa kenal?
Cuba something new and buat benda tu sorang-sorang?
Explore new things and share it dengan orang tentang penemuan tersebut?
Tapi buat semua tu sorang-sorang je, takde teman

Nak join tak pelikans aku ni?

FAQ VI

Sejak bermenjak ni aku baru check emel
Banyak sangat emel tanya menaya ni
Aku syak ni BBNU punya kerjalah ni
Sebab soalannya semua pasal cinta segala
Mohon penjelasan penyelesaian masalah cintan cintun
Aku make it short and simple, straight to the point
Aku jawab juga, dah orang tanya

First question, kenapa tak boleh fokus study?
Well dik, boleh je kalau bebetul fokus
Perbetulkan aim kita ni, takut tersasar
Manusia ni lemah dengan nafsu, mudah kalah dengan nafsu
So, kawal nafsu tu dilandasan yang betul
Sebab dah terbukti, kereta api Batu Cave tak pernah tersasar ke Damansara
As long as kereta api tersebut dilandasan yang betul
Get it or not?

Second question, kalau jatuh cinta zaman muda macam mana?
Dah jatuh tu, pepandailah bangun sendiri HAHA
Just a joke, jatuh cinta zaman muda tu syaitan dik, trust me!
Aku tak cakap cinta tu tak penting
Tapi kalau sebab cinta, kau merana dan abai segala itu bodoh namanya
Tuhan kasik kita akal untuk kita guna, jadi jangan jadi pembazir
Sebab pembaziran ini amalan syaitan dan Rosmah je HEHE

Last question, kalau tak bijak pandai macam mak bapak mahu nak buat apa?
Soalan ni macam tak layak je aku jawab
Sebab aku pun tak bijak pandai
Basically, semua mak bapak atas dunia ni nak anak depa bijak pandai

Teori pertama aku sebab depa nak anak depa senang, tak mahu anak depa susah
Teori kedua, depa mahu anak depa jadi survival even depa takde disisi
Teori ketiga, depa mahu anak bijak pandai sebab tak mahu anak depa kena tipu dengan pak menteri
Teori keempat, agama yang suruh semua kena bijak pandai dan tahu siapa Tuhan, siapa hamba

Aku tak bijak pandai pun, cuma aku nak sangat mak bahagia ada aku
Aku tak bijak pandai pun, tapi aku nak mak tahu aku boleh tolong dia bila dia perlu
Aku tak bijak pandai pun, cuma aku cuba kotakan harapan mak biar dia happy selalu
Aku tak bijak pandai pun, tapi selalu mahu ada disisi dia sama ada dia perlu atau tak
Aku rasa depa tak harap sangat pun kita sebagai anak bagi apa-apa
Cukup boleh doa lepas solat untuk depa and buat depa happy selalu pun dah cukup

Last but not least, thanks sebab tanya
Aku tak kenal pun korang, but korang still tanya
Aku jawab based on my view and experience
Kalau rasa tak boleh terima, aku boleh kata apa, kan?

Penegasan sekali lagi, jawapan aku ni takde dalam skema jawapan SPM
So, ambil input yang perlu je untuk sama-sama perbetulkan diri
Selebihnya merapu, paham sendirilah semua itu silap aku

Thanks sebab sudi tanya and hantar soalan berlambak tu
Nanti aku jawab lagi soalan yang lain
Please jangan buat karangan kalau nak tanya tu
Sebab pening nak baca :)
And please jangan sent surat layang or surat cinta
Memang aku print then blender buat air je

Once again, thanks korang!

Skip?

Tengah buat draf chapter enam kat library dengan akak senior
And aku pun sajalah cakap 
"Rasa macam nak skip je tahun ni, kan kak?"
Akak senior balas
"Kenapa pulak?"
Aku pun cakap
"Yelah, tahun depan konvo and automatically semua serabut pasal research ni tamat"
Akak senior membalas
"Tu aje?"
Aku pelik and cakap
"Halah, nak hadiahkan robe and jubah konvo untuk mak, habis akak tak nak ke macam tu?"
Akak senior balas
" Kalau boleh dah lama akak cari button skip tu, then bolehlah akak skip chapter perkenalan akak dengan ex-husband then skip pulak masalah mak bapak mertua and lastly skip part extend two semester tu"
Aku terkejut and diam
Akak senior sambung cakap
"Ikutkan button skip tu semua orang nak supaya dapat move on, tapi Allah tu adil sebab dia nak kita rasa dan belajar bersyukur dengan apa yang jadi"
Aku still terdiam
Akak senior sambung lagi "Sorry ter emo pulak"
Aku balas "Errrrh takpe kak, its okay"
Dua-dua diam

Dalam hati aku
Terus tak jadi nak minta button skip tu

Masa mana masa? Bak pinjam masa

Memberontak
Membentak
Mahu dipujuk dilayan nafsu serakah

Nafsu mata yang perlukan tatapan lagha katanya
Dah lama tak download cerita
Tak cukup masa nak buat semua tu rasanya
Yang penting, Running Man pun tak sempat nak cover

Orang lain rilek je
Tak kan aku nak gebang segala
Wat lek wat peace dah ler

Ada masa kita download, ya asiah ya?
Sekarang, pi sambung balik kerja tu sebab submission dah dekat

Dulu vs sekarang

Dulu bila pandang cermin, aku selalu minta aku gemuk
Sebab nanti senang nak derma darah

Sekarang terpandang cermin terus niat dan berazam untuk kurus
Excercise pun jarang, ada hati nak kurus
Makan main sebat, ada harapan ke nak kurus

Nampak sangat aku ni jenis manusia macam mana kan?
Kufur nikmat!
Tak reti syukur apa Tuhan kasik!
Meminta-minta untuk pemberian!
Tak pasti dengan apa yang dipinta!
Cuba meminda apa yang sudah ditakdirkan!

Asiah, berubah lah asiah!

Untunglah dapat kahwin satu lagi!

Harini prof lain macam sikit
Pagi lagi dah terconggok kat office
Sesampai je aku kat office dia, dia terus ajak pergi cafe
Nak belanja aku breakfast katanya

Aku bertambah pelik dan terus bertanya kenapa dia happy semacam je ni
Apa tidaknya, dekat cafe pun dia cakap order je apa-apa because all on me
Lepas bertanya dan dia menjawab gembira
"Senanglah hati, isteri kasik kahwin satu lagi"

Aku terus kaget
Aku rasa macam nak lempang je dia laju-laju bersaksikan CCTV dekat cafe ni

Lelaki ohh lelaki

Bergetar tulang rusuk kiri ke?

Minggu lepas sibuk sangat dengan majlis kawan bertunang
Lepas saja majlis tu, terus bergegas ke library untuk hantar buku pinjam
Settle je, berlari ke surau uni sebab solat zohor belum lagi

Seusai saja solat, aku terdengar sesuatu dibalik tabir pemisah jemaah
"Sekian saja usrah kita untuk minggu ini"
"Kita akhiri hubungan couple kita dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr"

Tengah solat tadi ada jugak terdengar input usrahnya, menarik
Lalu timbul rasa hati nak intai dibalik tabir surau
Perasaan ingin tahu siapakah gerangan si pemberi usrah tersebut

Oooooo, budak junior course aku rupanya
Tak habis lagi ke mamat ni?
Repeat paper lagi ke?
Bestnya suara dia bagi usrah tu, hmmmm

Tengah syok bermonolog tu tiba-tiba ada suara yang menegur
"Hai cik adik yang mengintai dibalik tabir tu, usrah dah habis tapi tulang rusuk kiri awak ke yang tak habis lagi bergetarnya?"

Alamakkkk, kantoi pulak!

Ubat guna-guna?

Lepak library hari minggu itu hari
Senior tetiba datang meja menegur

Katanya "Weh, kau ada pakai ubat guna-guna ke?"
Aku jawab "Gila apa? Syirik tu!"
Senior jawab balik "Bukan apa, aku asyik teringat-ingat kat kau jelah sejak dua menjak ni"
Aku menjawab "Tu bukan side effect ubat guna-guna, tapi side effect dateline submission tu rasanya"
Seraya kami ketawa berjemaah "HAHAHA"

Dalam ketawa tu, harap dia pahamlah kot
Perli-perli jugak, submission draf tu kena siapkan!

Rosmah?

Dah lama aku curious nak tahu
Darah muda aku ni membuak perasaan ingin tahu
Siapakah Rosmah tu yang sebenarnya?
Asal mana? Umur berapa? Kerja bagaimana? Mak ayah dia mana?
Pendek kata, banyak yang hendak ditanya

Bukan apa, kalau google biography dia susah nak jumpa
I mean, biography yang betul punya
Bukan yang sudah ditokok tambah oleh pihak yang telah digula lolipopkan

Jangan marah ya, Rosmah?
Saja nak tahu, betul ke title iron women tu?
Sebab tak nampak pun sumbangan dia setimpal dengan title tu
Kot-kotlah aku je yang tahu, maklumlah tak up-to-date macam dia

Kbai!

FAQ V

Orang minta tips untuk move on
Aku pun tak tahu nak jawab lagu mana
Macamlah aku ni pakar psychology
Korang jangan dok tanya macam-macam tau
Aku siku laju-laju kang

Ni sikit jelah apa yang aku buat
Bagi aku senang saja, bagi akulah
Depends on individual itu jugalah

Nak move on senang saja
Angkat kaki, jangan toleh lagi
Buka buku baru, doalah selalu

Move on from contexts hijrah lah ni
Kalau move on putus cinta ke apa ke, tak tau lah pulak
Boleh kot guna tips tu, kalau tak jadi tak tau

Anyways, kita sebagai muslim pun dituntut untuk move on everyday kan?
Dari baik kepada yang lebih baik
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

So, happy move on peeps!

Jodoh bukan bodoh!

Aku bukan memilih
Bukan juga mengada
Cuma berhati-hati

Aku cari yang kita boleh share segala
I mean idea, pandangan juga ilmu
Kita boleh cakap pasal macam-macam
Agama
Politik
Biologi
Sains
Matematik
National Geografi
Yang penting tak terbatas

Bukan setakat tanya
Apa khabar?
Buat apa?
Busy ke?
Dah makan belum?

Well, come on
You know what I mean, right?
Orang mat salleh cakap, "Tak trill langsung"

Yelah, betul juga kalau dah jodoh tak kemana
Serah jelah semuanya pada yang kuasa

Azam

Minyak dah naik
Tol naik juga rasanya
Barang dapur pun sama
Banyak lagi benda bakal naik juga

Jadi azam baru aku yang pertama tahun ini
Aku rasa tak sabar nak turun mengundi
Yelah, dengan apa yang dah jadi ni
Kalau boleh, lima kali aku nak cabut undi

Bangladeshi boleh buat, aku tak kan tak boleh?

Mak kita IV

Baru aku perasan
Mak aku comel sebenarnya
Aku bangga ada mak macam ni

Kisahnya itu hari call rumah
Saja tanya khabar mak dikampung
Telefon rumah dah berminggu rosak
Try banyak hari, baru dapat cakap
Selalu telefon rosak begini, sehari dua okay balik
Ni berminggu jugalah nak okay, risau juga
Bukan apa, mak baru kebah dari sakit
Risau jadi apa-apa, menangis berlagu pop rock pun dah tak guna

Mak angkat telefon
Dia jawab "Haa ada apa tergedik-gedik telefon ni?"
Diikuti dengan gelak dia yang mengekek-ngekek

Lepas dia jawab macam tu
Aku tak tahu nak gelak or sakit hati

Btw, aku lega sangat lepas dengar mak punya suara

Memori daun pisang

Tadi hujan lebat
Aku keluar juga sebab ada urusan
Kena pergi uruskan sesuatu dibank terdekat
Sampai depan bank cari payung dalam kereta
Cari punya cari baru teringat ada dalam bonet
Kekdahnya kena tunggu hujan reda baru boleh keluar dari kereta
Jadinya aku lepak jelah dalam kereta sejam dua

Entah kenapa aku cemburu je rasa
Tengok mereka-mereka dari cermin kereta
Meluat pun ada, mungkin aku je yang rasa
Ataupun mereka ni saja nak show off drama cinta mereka

Betullah kot
Bila dengan yang tersayang
Jalan dalam hujan pun tak apa-apa
Sanggup redah walau air bah paras dada
Rela berbasahan sama-sama
Dah nama pun sayang, kan?

Aku je yang sorang-sorang
Berejam tengok drama korang
Pop corn mana pop corn?
Typical drama melayu kini

Situasi Sama

Beberapa menjak ni
Aku cuma rasa tersisih dan disisihkan
Bukan nak touching ke buat perangai ke
Cuma perasaan tu je yang ada time tu
Sekarang, okay dah "hmmm ayat pujuk hati"

Well, kisahnya cenggini
Ada masa aku nak sangat balik kampung
Rindu mak, rindu nak bau rumah dan rehatkan kepala otak
Nak kata berehat tu tak juga, cuma nak freedom je kot
Freedom dari apa yang aku dok selalu buat

Situasi pertama, nak balik kampung jumpa mak
Tapi ada saja halangan yang mendatang
Contohnya, ada dateline for submission report lah itulah inilah
Prof buat consultation hour last minutes lah
Dan macam-macam lagilah

Situasi kedua, yang ni lagi tak boleh blah
Aku dah boleh balik tapi mak pulak takde rumah
Mak siap pesan, "tapayah baliklah, mak takde rumah"

Dalam situasi cenggini
Aku tak pasti, aku patut touching ke tidak

Korang rasa?

Rasa

Bulan yang lepas
Tuhan telah mengajar aku erti hilang dan lepas
Bilamana mak tersayang terbaring sakit dan tenat
Seharian yang cukup penat baginya, barangkali
Siangnya sihat seperti sediakala, seadanya dia
Belah petang yang datang sesak nafasnya

Aku dapat tahu, gelap pandangan aku seketika
Kaki serasa mahu berlari mendapatkannya
Semahunya dirangkul badannya tanpa mahu dilepaskan
Air mata semasih cuba ditahan, tidak mahu tayang sifat lemah

Nafas mak berombak kencang, aku takut
Bermacam sudah aku fikirkan, kalau dia tiada
Kemana aku mahu pergi?
Apa aku harus lakukan?
Macam mana dengan aku?

Aku tak mampu fikir apa-apa masa tu
Aku belum pernah alami semua ini
Kalau boleh, tak mahu pun rasa semua ni

Dalam hati, mohon pada yang Maha Kuasa
Hantarkanlah pertolongannya, tunjukkanlah
Aku tak minta banyak, cukup sekali yang ini

Dan syukur alhamdulilah
Mak kembali okay

Terima kasih Tuhan untuk peluang yang sekali ini!

Konflik

Bila selalu sangat reject orang
Suatu masa Tuhan balas balik dekat kita
Sebab Tuhan nak kita pula rasa perasaan bila direject orang

Cash and carry lah kot kekdahnya

Sikit

Cerita tahun baru aku tak best pun macam kalian
Hubung kait cerita aku cuma office, library and meggi
Malam tunggu Skype dari ufuk sana

Aku tahu korang nak cakap apa
Aku ni memang takde life kan?

Nak buat macam mana
Macam ni pun dah bahagia
Kalau lebih dari ini, mungkin terlebih bahagia

Babi

Kes minggu lepas
Aku jadi orang tengah kes langgar
Aku yang ada ditempat kejadian
Kira macam saksi untuk kes tersebut

Kisahnya aku baru lepas beli Nasi Ayam yang tak berapa sedap tu
Lepas beli terus menonong ke kereta
Aku perasan juga ada kereta belakang yang reserve kemain laju
Seram jugaklah tengok cara dia reverse tu
Masa dia reserve tu ada akak masuk simpang
Akak tu tak salah bagi aku sebab memang tu jalan sepatutnya
Aku assume mamat kereta yang dok reverse tu nampak akak tu
Tapi mamat reverse tu buat dont know je, terus jugak reverse

Kereta mamat reverse tu, Honda
Kereta akak yang tak salah tu, BMW
Aku syak mamat tu saja buat drama macam kat tivi
Yelah, lepas langgar pastu paksa kawen sebagai ganti rugi
And then happy ending

Mamat yang dok reverse tu langgar kereta akak tak salah tu laju
Kereta akak tu terseret jauh sampai berlaga dengan kereta lain
Dekat parking lot time tu ada banyak juga kereta
Adalah juga lima enam buah kereta yang kena tepi jalan tu
Orang dalam kedai semua keluar tengok kereta akak tu yang berasap
Kereta mamat tu pun sama, rabak teruk

Sejam lebih jugak kat tepi jalan ni aku tunggu
Aku terkejut juga sebab sempat tengok thriller cenggitu
Biasa tengok kat tivi je, ni live wow!

Nak dijadikan cerita, akak tak salah tu petik nama aku sebagai saksi
Akak tu cakap, "budak perempuan ni nampak dari awal"
Akak tu bersuara lepas mamat reverse tu dok minta ganti rugi beriban
And ada abang-abang yang datang tengok kes ni back up mamat reverse tu

Aku cadangkan pergi balai, settle sana
Tapi tak tahulah dorang ni jenis asabiah sangat, jenis back up jantina sejenis
Back up mamat reverse tu and salahkan akak tak salah tu
Aku kat situ panik jugak, yelah lelaki lawan perempuan, kau rasa?
Abang yang kat situ siap perli kasar tentang cara pemanduan wanita Malaysia
Aku kat situ rasa panas je, kalau tak sabar aku dah lama back hand abang tu

Dipendekkan cerita, aku bawak akak tu pergi balai
Mamat reverse tu follow belakang dengan bumper kereta terseret dijalan
Sampai balai, buat report and result dia mamat reverse tu salah
Mamat tu nak claim insurans apa entah, not really sure about that
Polis ambil keterangan and aku sebagai saksi kejadian
Fuhhh, tak pasal-pasal pulak aku jadi saksi
Rasa tadi nak beli Nasi Ayam je

Lepas settle kat balai, akak tu tunggu abah dia datang amik
Aku tengok mamat reverse tu asyik tenung je akak tu
Serba salah pulak aku nak balik ke tidak
Risau juga mulanya, tapi lepas suruh akak tu tunggu dalam balai baru lega

Sampai rumah, terus rasa lapar
Buka plastik Nasi Ayam, sejuk dingin
Ayam dia kejung, nasi pula tawar, sup masin
Ni kes langgar lah ni, Nasi Ayam pula jadi mangsa

Kesimpulannya
Jangan buat tuduhan membabi buta sangat
Selidik betul salah dahulu
Kesian kat babi
Tak pasal-pasal buta

*Panjang gila cerita ni*

2016, please be awesome

Tak mintak banyak pun
Cuma harap, 2016 ni dapat langsaikan semua whishlist yang tertunggak di tahun 2015

2016, please be awesome

Bukan pilihan menantu mak awak

Aku sedar
Aku takde dalam your mom list candidates for your future wife
Plus, aku pun sedar aku ni memang tak sepadan pun dengan kau

Well, betullah kot "Pipit dengan pipit, enggang dengan enggang"

STR*

Diusia yang sekarang ni
Aku mula sedar dan menyedari
Bahwa tidak sesusah mana pun untuk bahagia
Juga tidak payah manapun untuk gembira tanpa berduka lara

Yang selama ni kita sibuk sangat fikir apa orang kata
Orang sakitkan hati kita, kita balas balik dengan sakitkan hati depa pula
Orang bagi kita masalah bertimpa-timpa, kita balas mereka dengan benda yang sama

Well, you react with basic of animal instincts actually
Let say harimau, kita usik kacau dia
Automatically, depa terancam dan buat benda yang sama pada kita

So, kita pun nak sama macam harimau ke?

P/s: Human - Stimuli with thinking then respond (STR)*
P/s/s: Animal - Stimuli then respond (SR)

Sedih gembira

Titisan air suam mula mengalir dipipi
Kurang pasti maksudnya apa
Sedihkah? Gembirakah?
Semua bercampur diadun jadi satu

Apakah semua ini, wahai Tuhan?

Penagih

Seperti seorang penagih yang tak dapat meninggalkan dadahnya
Begitu juga aku yang tak dapat dipisahkan dengan nikmat makan

Pantang nampak
Semua bedal

Diet?
Ahh, lupakan sajalah

Pelikans I

Pernah tak korang rasa nak naik bus Rapids, tapi tak tahu kemana?
Main redah je, ikut saja arah bus menghala?
Sampai bus tu berhenti baru tukar bus lain balik rumah semula?
Time tu tawakal je, bawa beg sandang dan duit secukupnya?
Well one day, aku harap aku dapat buat benda tu

Nak join tak pelikans aku ni?

Gua ikut enta

Bila tengok orang tu baik je
Mulut dan hati tu control sikit
Jangan sibuk nak mengata 

Biar dia jadi baik dulu
Mudahan nanti, kita pulak

Gua ikut enta entaa entaaaaa aaa

Tiada secebis niat dihati, mohon memahami

Ada terbaca status kat twitter itu hari
Terasa tu adalah jugak

Ayat dia lebih kurang macam ni
"Orang pakai iphone mesti amik gambar kat cermin, nak menunjuk lettuw"

Well, as user iphone
Aku tolong jawabkan
"Kami suka bergambar dekat cermin sebab kamera selfie kami tak lawa"

Sila memahami

*jujur*

Ctrl-Alt-Del

Apparently aku bukanlah jenis yang kisah sangat pun
Kalau benda remeh temeh tu tak heran sangatlah
Boleh hadap selagi mampu dan belum fed up

Kalau dah tak tahan, aku ctrl-alt-del je
Apa susah, kita yang buat dia
Hati kita, sendirilah jaga
Kalau harapkan orang, hancurlah hati tu jawabnya weh~

Disember

Hai Disember!
Awaklah yang terakhir dalam setiap tahun
Maka, buatlah yang terbaik
Persiapkanlah yang terhebat

Tolong sesangat
Jangan hampakan aku
Dah hujung-hujung ni, kasilah "hadiah" sikit
Lagi cun buat "majlis penutupan" yang gempak

Apapun, harap apa yang baik dan hebat tu dapat diteruskan ke januari pula

Ayah?

Bila media social announce hari bapa saban tahun
Aku rasa kosong tanpa ucapan yang hendak disampaikan
Sekosong itu juga perasaan aku pada dia yang bernama ayah

Jika tanya adakah aku kenal ayah aku
Aku pasti speechless
Aku cuma kenal ayah hanya di "binti" pada namaku
Tidak pada wajah juga wataknya

Tiada niat untuk memburukkan
Tidak juga mengaibkan

Pada umur yang sekarang ni
Aku cuma harap, suatu masa nanti
Dia, yang ada pada hujung nama aku ni
Akan datang minta maaf
Akui salah silap dia
Tu saja yang aku harap

Mungkin pada hari perkahwinan aku nanti
Dia datang sebagai wali

*mimpi*

P/s: Post lama, pada hari bapa yang lalu
P/s/s: Post yang difikir berkali-kali untuk diupload
P/s/s/s: Post yang punya harapan untuk bapak aku sendiri baca

Consideration

Lately banyak sangat benda yang berkaitan perasaan yang berlaku
Terutama sekali part posting to new branch of office
Setengah tahun jugak aku tunggu untuk ditransfer
Berhabis duit, tenaga dan masa kehulur hilir
Akhirnya, cakap tak serupa dikotakan a.k.a hampeh

Nak ikutkan amarah, dah lama aku hamburkan
Tapi dipendam disimpan, kerna masih punyai sabar sebesar biji tembikai lagi

For my fellow bosses
Please be consider about others lah
Be consider and tolarate
Next time, fikir dan bermusyawarah dulu then baru buat decisions
Ni main sebat ikut dan je
Tak fikir dah masalah orang lain

Lepas apa yang jadi ni
Aku dah mula fikir nak berhenti bekerja dan fulltime study

Highway Kehidupan

Khabar sendu cuba aku sampaikan
Pada mak dikampung, semalam
Moga dia faham bahwa aku tidak pulang
Masih tersepit dipertengahan highway kehidupan
Lurus saja jalan, namun jarak yang menghalang

Jalan mana jalan?
Tunjuk jalan please

LRT, KTM & Monorel

Adakah kenaikan harga LRT, KTM dan Monorel akan menjejaskan undi BN nanti?
Well, Tuhan tak akan menguji hambaNYA lebih daripada apa yang kita mampu
Begitu juga dengan Najib Razak dan sekutunya

Persoalannya sekarang
Ada ke lagi orang yang nak undi Najib Razak ni?

Cinderella

Apa kau react bila adik-beradik tiri kau add kau di muka buku?
Selamba saja approve?
Atau buat saja tak tahu?

Sejujurnya aku more to tak tahu nak buat apa
Menebal perasaan risau dalam hati
Risau terkena tempias dongeng cinderella

Acah hidup dalam dunia Wonderland sangat kau ni asiah oii!

Setahun

Tak sangka dah setahun berlalu
Dan kita masih lagi belum bersatu
Tunggu restu hingga lupa diri ni dah kertu

Moga tahun depan adalah penentu
Doakan kita masih lagi sama macam dulu-dulu

Facial Treatment

Hujung minggu itu hari
Ada buat facial treatment sikit dengan housemate
Yelah, aku free dan dia pun free
Jarang kami ada masa bersama dek sibuk dengan urusan sendiri
So, bolehlah spent time together before aku pindah

Buat basic treatment saja
Tepek masker, sapu pelembab sikit dan letak timun kat mata
Harapan tinggi nak tanggalkan daki juga white/black head pada muka
Nak jadi model pun faham, muka ni tak semegah mereka

Tengah ralit berfacial
Housemate aku mula bersuara
"Kan senang kalau dosa pun boleh tanggal guna masker je"
"White head and black head ni pun kira macam dosa, dah tanggalkan nanti esok lusa dia mai balik"
"Macam dosa jugalah, bertaubat then buat dosa yang sama tu balik"

Well, kalaulah semudah tu untuk tanggalkan dosa pada diri kita
Nescaya akulah orang pertama, 24 jam berfacial

FAQ IV

Ada pertanyaan di inbox
Beliau tanya kekerapan aku update blog
Katanya dia kagum tengok blog ni
Hari-hari ada new post

Well, sebetulnya tidaklah
Aku bukanlah seorang yang punyai semangat menaip yang berkobar
Bukan juga seorang yang senantiasa ada idea untuk ditaip

Aku cuma taip apa saja yang terlintas dikepala
Apa yang ditaip tu, di draft dulu
Berhari-hari juga di draft kan bagi setiap post tu
Then, diletakkan time schedule pada draft yang okay
Post yang okay barulah di publish

Korang nampak macam hari-hari update
Hakikatnya, cerita lama dah yang diperam pada draft
Tolonglah faham dan terima aku ni cuma manusia biasa
Yang ada tahap malas infiniti HAHA

#JANGANJUALNEGARA #BANTAHTPPA

Apakah pak menteri hilang kewarasan?
Sanggup cagar negara demi kejar taraf ekonomi elit semata
Entah betul entah tidak janji-janji mereka
Entah mahu dikejar apa lagi
Minyak juga sawit, Tuhan dah kasik
Tinggal usaha saja, tunggu hasilnya
Tapi tidak juga, dijual lagi ada
Rakyat marhaen juga jadi mangsa

Ayuh kawan
Kita sama-sama bantah
Demi anak cucu kita akan datang
Kerna bimbang, sejarah silam kembali berulang
Negara dijajah, kita merempat dikaki lima negara sendiri

Tuhan sedang uji kita
Ujian buat Malaysia dan kita sebagai rakyatnya
Dalam diam mereka berkomplot ambil negara kita
Bimbang Malaysia menjadi miskin, rakyat apatah lagi

Mari sertai petisyen dilaman web ini
http://www.janganambilnegara.com

Payung

Peribahasa Melayu ada kata
Sediakan payung sebelum hujan
Zaman sekarang dah tak relevan rasanya
Yelah, bila sediakan payung tak pula hujan
Tengok ramalan kaji cuaca kata hujan
Hingga ke malam elok pula cuacanya

Sebetulnya kena guna
Kalau hujan dan payung takde, redah je
Balik rumah mandi, tukar baju yang lencun kena hujan tu
Paling teruk pun, mungkin demam je
Daripada usung pegang payung kehulu hilir, tunggu hujan turun

4023 batu

In case kau dah mula selesa disana
Atau lupa jalan balik ke Malaysia
Mohon jangan lupa text aku
Takdelah aku tertunggu-tunggu

Doa aku
Moga kau baik-baik saja disitu

Sabar lagi

Ada benda yang buat kita terus bertahan dan diam
Pekak kan telinga, dengar saja apa orang kata
Lihat saja, dalam hati Tuhan saja yang tahu rasanya

Bertahan selagi boleh sabar
Ya, masih lagi bersabar

Kalau tidak, mungkin dah lama masuk newspaper
Jadi antara salah satu tajuk berita
Kes belasah sampai lunyai
Atau mungkin simen

Opps!
Simen-simen ni jangan sebut
Kak mah marah nanti

Hikss

FAQ III

Ada yang tanya
Asal takde ruangan follower?
Acah-acah glemer ke apa?
Bajet orang nak follow sangat ke?

Well, maaf semua
Memang sengaja di tiadakan
Aku taip sini pun suka-suka
Tak harapkan apa-apa

Kalau perlu
Mohon komen saja
Itupun kalau mahu lah
Kalau terpaksa, baik takyah

Buat betul-betul

Aku punya research progress almost 50%
Unfortunately dah mula rasa nak give up
Feel tu dah mencanak mohon undur diri
Bukan takde idea, cuma takde yang nak teman
Buat research seorang diri walau dalam list berdua
Well, again meet sleeping patner 

Genggam ais batu biar sampai cair
Kalau dah begitu, tunggu masa saja nak blah lah ni

Cari alasan logik dan bernas
Baru nampak bijak time umum dah kalah

Any suggestion?

Gaji

Kalaulah Najib Razak tak naikkan harga minyak dan tol
Adakah masih wujud lagi golongan-golongan penentang sistem pentadbiran negara ini?

Anyway, harini dah gaji
Dan harini juga duit dah tinggal suku

Well, living in somewhat a comfort society
What do you expect?

Gagah

Bangkit dari semalam yang jerebu
Kabur tak nampak aku dihatimu
Sepertinya kau sudah tak mahu aku
Paksa aku pergi lupakan kamu

Yelah, jerebu kan
Sampai tak nampak siapa aku dulu

Busuk

Biar badan saja yang busuk
Kalau mandi then pakai minyak wangi tiga botol, okaylah
Hati tu toksah sama busuk

Kau ingat dengan cara tu kau hebat?

Materialistic

Kisah itu hari
Borak dengan mak pasal isi hati
Cinta bukan boleh sara hidup sampai mati
Kalau setakat suka cinta boleh tolak tepi

Orang dari zaman kolej datang kembali
Tanya isi hati minta bukakan hati
Walau hati aku nak tolak tapi tak sampai hati

Aku fikir mak aku ni materialistic
Sebab dia boleh ubah pendirian aku macam plastic
Renyuk-renyuk pastu simpan dalam laci

Mana nak cari ganti?

Assumption

Itu hari
Lepas berkali-kali kena reject proofread
Aku curious nak tahu sebabnya apa
Bosan juga bila kena reject bukan sekali dua

Supervisor aku cakap
Aku tak boleh nilai markah aku
Based on pandangan supervisor dan external examiner
Dorang mungkin nilai atas sebab dah kenal kita
Atau sebab kita ni kenalan kengkawan dia
Mungkin juga dia malas nak baca

Dorang cuma nak tengok effort kita tu yang sebenarnya
Lupa ke kita ni manusia yang selalu silap paling setia?

Terima saja

Tactical Strategy

Orang Melayu mudah sangat kena kencing
Mudah kena tipu dengan samseng
Mudah dijajah dengan khabar angin
Mudah tertindas dek tak pandai fikir

Orang sibuk tukar DP solidarity di media sosial
Dia pun sama terkinja-kinja jaja
Lagak tahu semua benda
Kalau betul takpe juga
Ni lari dari cerita

Fikir logik
Orang kena bom, hancur lebur semua
Pasport baik punya kat atas tanah
Kau rasa?

Mari kita sama-sama belajar
Aku dah mula takut
Kot-kot negara kita punya turn pulak lepas ni

Kedai makan

Benda paling familiar kat negara kita
Pekerja kedai makan, tak reti senyum
Muka pahit kelat, nak tak nak je amik order 
Layan macam kita ni dah menyusahkan dia
Duit kita, mahu pula dia

Akak abang kedai makan sekalian
Kalau rasa tak mampu nak layan customer
Baik awal-awal lagi kedai tu toksah buka

Kesiankan kami ni sebagai customer
First, kena hadap muka akak abang yang mencuka
Second, dapat dosa kering sebab mengumpat akak abang semua

Pak Menteri

Kalau ada peluang
Aku teringin lepak dengan pak menteri
Chill lepak-lepak sambil hirup kopi
Sambil-sambil tu nak tanyalah satu dua benda
Nak tahu apa job description dia yang sebetulnya?
Apesal gaji dia mahal dari buruh yang banting tulang sampai mati tu?
Kenapa mewah sangat kereta rumah dia?

Bukan cemburu
Cuma nak tahu
Usaha kuat?
Serasa kami sudah
Pak turut?
Selalu sangat buat

Kami masih begini
Harta kami habis pada kerajaan punya kroni
Cukai subsidi naik sana sini
Semua kerana pak menteri

Matured

Bukan nak gebang soal umur
Tua sekalipun tapi tak matang tak guna
Otak letak kat lutut lepastu cakap soal matang

Kalau nak cakap soal matang
Budak tadika sekarang pun dah matang
Lagi matang dari orang dewasa

Unsecure

Dalih dia pelik sekali
Bela diri lagak suci murni
Barangkali lupa diri esok lusa nak mati

Dia rasa tergugat tak selamat
Dah lemas baru nak cari pelampung penyelamat
Sehabis daya pertahan benda yang dah sampai penamat

Sick!

FAQ II

Lama dulu, ada yang tanya
Apa jenis tulisan yang aku taip?
Sajak kah? Pantun kah?

Well, sekali lagi aku jawab
Bukan sajak, bukan juga pantun
Sekadar taip tak panjang
Atau lebih tepat lagi, malas

Tahap pemalas yang teringin juga menaip

Kecil hati

Hati kita ni mudah sangat kecil hati
Entah bila lah nak besarnya

Kan?

Cuba-cubalah kuat sikit
Tunjuk diri dah matang

Naik lagi

Beberapa bulan yang lalu
Minyak naik harga
Bebaru ni punya berita
Harga tol pula
Menyusul nanti
Tambang pengangkutan awam naik harga juga

Menteri sarankan car pool elak jammed
Menteri syorkan guna pengangkutan awam kalau rasa tak mampu bayar minyak
Menteri suruh bangun awal pagi supaya dapat guna jalan alternatif tanpa tol

Jujur aku rasa
Aku tak sabar nak mengundi!

Sikit saja

Rindu tu takdelah
Cuma teringat sikit-sikit saja

Awak sihat?

Berbahagi rasa

Baru ni pasal hati
Hati dah bagi signal tak boleh hadap lagi
Mesej call dah rasa annoying nak mati
Ayatnya pula hati dah tak boleh hadam lagi

Mahu dijujur dikatakan
Risau pula dia tak boleh nak faham
Jadi aku masih lagi melayan
Harap nanti dia faham

Sebelum hubungan pergi lebih jauh
Aku pernah tanya dia soal perancangan hidup
Apa yang dia plan for future?
Apa matlamat yang dia nak capai?
Bla blaa blaaa blaaaa

Panjang pertanyaan aku tu
Dia cuma jawab pendek
Pendek tu tak kisah mana
Cuma tak menjawab soalan tu masalahnya
Tak complete, tak nampak yakin
Tak cukup buat aku percaya untuk hidup semati dengan dia

Aku bukan orang hebat
Tidak pula aku mengkhinzir buta dalam menilai
Cukup kalau orang tu jujur dengan apa yang dia mahu
Bagi aku ikhlas tu Tuhan bagi rasa kat pihak lagi satu
Sayangnya, rasa tu bukan untuk dia

Mak aku kata
Kahwin tu bukan nak hidup dengan cinta je
Kahwin bukan main pondok-pondok waktu suka-suka
Kahwin is galas tanggung dan jawab

Kau rasa macam mana?

Masih ditutup

Tuhan masih lagi tutup aib kita
Sebab tu nampak soleh solehah semuanya
Tegur salah silap bangkang tak mahu terima
Rasa suci dari dosa

Lupa ke malaikat tunggu masa je nak tarik nyawa?

Pulun

Aku sibuk dengan research
Pulun habis semua chapter
Harapan tinggi untuk julang Master
Hadiah buat mak yang berjasa tak terkira

Izinkan aku bagi dia bangga
Punya aku sebagai anaknya
Moga dekat dengan syurga akhirat sana

Mak berkata
Apa yang dipulun tu tak bawa ke syurga
Pernah dengar ke orang mati guna software engineering kat dalam kubur sana?

Okay, sentap kejap

Tak banyak

Tak banyak nak minta
Cuma nak selalu ada

Terima kasih, kanda
Cewahhhh

Pi ti pi ti and ?

Aku pernah terfikir
Kalau berhenti kerja
Buat full time study saja
Hadap satu-satu benda
Bukan macam sekarang main redah saja

Persoalannya
Siapa yang nak bayar hutang piutang ni?
Siapa nak tanggung makan pakai aku ni?

Betul, rezeki Tuhan atur agih molek dah
Realitinya kita masih kena usaha separuh mati
Usaha untuk apa yang Tuhan dah nak bagi

Kalaulah semudah yang dicakap, kan?

On my way, then?

Balik Kuantan itu hari
Sebab ada benda nak consult dengan supervisor
Lepas saja Tol Gombak, dapat call dari supervisor
Dia bagitau consultation harini di postponed to another time
So, nak tak nak kenalah exit Tol Bentong

Bengang tu adalah sikit
Nak sumpah seranah nampak macam tak matang
Mahu dicarutkan buat penat saja

Hati aku tak sado untuk hadam semua tu
Appointment aku buat sebulan awal kot
Last-last cakap postponed
Senangnya jadi orang besar kan?
Ikut suka dia je, tak fikir dah perasaan orang

Apakah prof tu tak tahu
Caj tol dan minyak dah naik?

Nasib baik, aku masih punya sabar sebesar duit lima posen lagi

BBNU

Dimedia sosial ayat kemain kencang
Tayang gambar, acah hipster tak nak kalah
Cakap sikit sentap, terus up status maki-maki
Tengok umur dekat profile baru nak jawab SPM rupanya

Dik
Kau balik baca buku dulu boleh?
Lulus SPM baru aktif balik media sosial

Standard
Budak baru nak up

Attachment

Aku ni jenis susah nak attach dengan orang
Sebab aku ni selenge selebet annoying poyo 
Perangai pun kengkadang aku sendiri pun tak boleh hadam
Menjengkelkan for certain time
So manalah orang nak rapat

Bila usia macam sekarang ni
Baru aku perasan yang aku ni ada je ramai kawan
Dorang jenis silent reader gitu
Amik peduli dari jauh je
Acah-acah busy body tersembunyi

Thanks korang
But really sorry sebab aku tak pernah jadi seorang kawan seperti yang korang mahukan

Mak kita III

Luang masa dengan mak kita
Layan dia dengan mulia
Sebab suatu masa nanti
Kau hanya mampu tengok gambar dia saja

Tapi masa tu mak dah tiada

Kenal hati budi?

Dia text aku
Mahu kenal aku
Inginkan aku

Tapi aku tidak
Perasaan itu belum tiba
Bahagia pun seperti terhalang

Dia mahu peluang
Aku kasik dengan harapan jangan berharap sangat

Married II

Kau kata tak memilih
Dalam masa yang sama kau cuba toleh
Pilih yang lain terlebih cantik molek

Kahwin biar sekali saja
Yedak?

Pilih

Orang perempuan ni
Walau dia dah iron baju yang dia nak pakai pun
Pepagi tu masih lagi cari baju lain dalam almari
Nampak sangat perempuan ni bermasalah

Masalah nak pilih

Depan belakang

Aku ke yang memilih?
Kau fikir aku reject orang boleh senang hati?

Cuba letak korang kat tempat aku
Kena hadap perangai orang yang macam hantu
Didepan kita bajet bagus, dibelakang nyorok belakang batu
Didepan kita pijak semut pun tak mahu
Didepan kita senyum pun tersipu-sipu
Didepan kita cover segalanya tak nak malu

Kau rasa layak ke bagi peluang untuk kes begitu?

Married III

Pernah tak kau rasa
Keliru nak pilih yang mana
Semua pilihan dah depan mata
Cuma hati rasa sedikit hiba

Bila pilihan tu bukan sepertinya yang kau harap-harapkan

Fikir sendiri

Nak dimenangkan tidak juga
Mahu dipinggirkan bukan juga
Tidak menyebelah mana-mana
Cukup dengar saja

Tolong jangan nak jadi budak-budak sangat
Dah besar boleh fikir sendiri

Married II

Korang pernah tak rasa
Perasaan yang aneh gila
Bila kenal seseorang yang baru jumpa
Degup hati kencang tak terkira
Mulut bisu tak terkata
Mata katup tak terbuka

Inikah cinta?
Atau mainan perasaan saja-saja?

Yella yella

Bila berjumpa
Tak gaduh tak bahagia
Nak kata mengalah, tak juga

Entah
Cuma rasa sedikit bahagia
Akhir ucapan, kau selalu kata
"Yelah-yelah kau menang"

1001

Dalam hati aku ada 1001
Benda yang nak diluahkan
Tapi yang keluar dari mulut aku
Cuma satu

Takpe!

Mak kita II

Dia sehabis daya usaha untuk kita
Dia bagi lebih dari apa yang berbaloi kita patut ada
Dia sayang kita lebih dari nyawa dia
Dia harap gila-gila pada kemampuan diri kita
Dia marah kita pun kerna sayangkan kita

Apa lagi yang dia tak terbagi kita?
Rasanya lebih dari bagi

Kau rasa, kau sebak tak tengok muka dia?
Rasa macam nak sujud saja kat kaki dia tak?

Ubah

Kita tinggal dalam komuniti
Yang dimana bangunkan anak untuk kesekolah
Bukan untuk solat subuh

Sebab tu anak hanya bangun untuk kesekolah saja
Liat untuk bangun subuh hari minggu

Ubah!

Salah

Bukan salah kau
Bukan salah aku jugak
Habis tu salah siapa?

Salah faham!
*Bila masing-masing tak mahu mengalah*

Ber-usaha

Tengah berusaha melupa
Pelan-pelan angkat muka tanda gagah perkasa
Dalam jiwa Tuhan saja tahu perasaan didada penuh celaka
Orang lain belum tentu mahu sama-sama rasa
Adatlah tu teman bersuka saja ramai jumlahnya
Tinggal tepi jalan bila dah tak sekepala

Begitu rumit nak kisah
Tapi setuju saja dah tak diendah

Move on

Kau tahu dia suka
Kau tahu dia tak apa-apa

Situasinya saja yang berbeza

Kau tahu dia suka orang lain
Kau tahu dia tak apa-apa walau kau dengan yang lain

Means?
Move on babe, move on

Terbiasa

"Dengar cerita awak rindu saya, betul ke?"
"Hek eleh poyo" -somebody-

Mak kita I

Dia paling faham tentang kita
Dia nak suap makanan ke mulut dia tapi teringatkan kita
Dia yang bersusah-susahan mati-mati bagi kita segala
Dia sayang kita sejak mula
Dia selalu ada untuk kita

Dialah, mak kita
Hargailah semasih ada
Jangan bila tiada nangis pun tak guna

Si penipu

Hari ini mungkin orang tak tahu lagi
Esok?
Lusa?
Akan datang?
Siapa tahu?

Yang pasti kau hanya dapat malu
Renungkan wahai si penipu

Kawan II

Cari kawan
Biar macam cermin

Kita gembira
Dia pun gembira
Kita sedih
Dia pun sedih

Jangan cari macam duit syiling
Depan lain
Belakang lain

Married I

Balik kampung itu hari
Mak ada suarakan isi hati
Hajatnya mahu lihat aku kahwin sebelum dia mati
Dipertengahan hujahnya aku cuba menyelit
Cakap nak ketandas sebab perut sakit

Okay mak, orang faham maksud tersirat tu

Jauh

Jauh
Tidak bermakna hilang

Diam
Bukan berarti jemu

Menyendiri
Adalah caraku

Melambai rindu bertamu
Kepadamu ingatan dihati

Kudakapmu selalu
Dalam rantaian doa
Moga kau tahu, aku rindu!

Buku

Dulu aku pernah nak bagi buku tu kat orang
Tapi bila tengok dia dah ada buku lain
Aku berubah hati dan simpan saja buku tu dalam laci
Saja tak nak bagi dia berubah hati

Dan sampai sekarang
Buku tu masih ada lagi
Masih tunggu peluang datang kemari

Atau mungkin aku saja yang perlu angkat kaki?

Pergi

Kita dah tak sehaluan
Makin hari makin berantakan
Tunggu masa perang diletuskan

Bukan apa
Hati yang dah tak tahan
Baik kita angkat kaki, jalan

Normal

Aku tak pernah nak harapkan bulan jatuh ke riba ke
Bintang ada atas kepala ke
Matahari dan bulan dijadikan hantaran ke

Cukup dengan normal sedia ada
Belum sedia lagi nak terima
Kau faham kan maksud aku ni kan?

Border Gateway Protocol (BGP)

Banyak benda jadi tak terancang
Maaf, aku tak boleh jadi macam yang korang nak

Rehat

Masa degree dulu
Aku pernah plan
Lepas grade je, aku nak amik cuti seminggu
Tak kemana-mana pun
Cuma nak baring, makan, tidur, Running Man, tidur, baring

Tapi sampai sekarang
Aku masih lagi tak apply cuti tu
Hmmm entahlah

Beg

Ada kawan tu
Sibuk gebang beg duit harga seribu

Bagi aku kalau dah beg duit harga gitu
Duit dalam beg duit tu kenalah ada lebih dari itu

Yedak? *wink*

Sentapness

Style aku kalau sentap
Aku bawa hati kejap
Bila hati dah boleh hadap
Aku rilek buat kental dan kuat

Syukur

Apa lagi yang kau harapkan
Kalau Tuhan dah kasik semua yang kau idamkan?

Syukur
Jangan lupa bersyukur

Lapan puluh persen

Dalam usia sekarang
Kajian kehidupan aku
80 persen aku tak akan bersuara
Waima dalam hati mahu saja luah rasa
Waima hati mahu saja sumpah mengata
Waima hati membuak nak tolak segala
Tapi demi yang tersayang
Mulut ini terkatup rapat
Diam dan biarkan
Jaga hati perasaan
Ikut saja hati dengan tenang

Sayang, tahu tak sayang?

New Office

Tempat baru
Bos baru
Cara baru
Kerja baru
Perasaan Baru
Kawan baru
Cafetaria baru
Hari baru
Semua baru

Cuma rasa dah tak sama macam dulu
Tinggal office lama dan dah mula rasa rindu
Moga aku betah ditempat baru
Walau hati membentak tak mahu

Seposen Oktober

Hari ini satu hari bulan oktober
Hampir kepenghujung tahun dua ribu lima belas

Ceritanya
Kita rakyat negara ini dapat hadiah
Hadiah dari PM kita

Terima kasih PM
Seposen je pun

Sanah Helwah!

Tepat pukul dua belas pagi
Bersilih ganti bunyi mesej masuk
Aku lagi pilih tidur dari bangun baca

Tiba-tiba bunyi satu panggilan
Deringannya yang memujuk aku melayan
Dilihatnya seseorang yang aku kenal

Ucapnya sungguh lemah lembut
Bagai membelai jiwa aku mengantuk
Akhir ucapannya buat aku tewas
Air mata laju mengiringi ucapan itu

Terima kasih buat doa dan ucapan itu
Mungkin ini situasi jenis orang meningkat umur

Sanah helwah buat diri sendiri!

Lupa

Masa kita gembira bahagia
Tuhan kasik kita rasa macam dalam syurga
Macam-macam ada
Pangkat? Duit? Harta? Keluarga? Cinta?
Cukup segalanya

Tiba satu masa Tuhan tarik itu rasa
Semuanya serba tak kena
Tak cukup apa adanya
Rungut ungkit itu selalu ada

Lupakah kita
Apa yang kita ada DIA yang punya
Kita pinjam sementara didunia
Dah bagi pinjam pun tak reti syukur ke?

Tiru

Kalau pun aku terdesak
Belum terfikir lagi nak ciplak
Kerja kuat bukan nak riak
Dah Tuhan bagi kudrat tak kan tak kuat

Belajar jadi jujur
Walau kau sendiri tak larat nak pikul

Lelaki

Katanya
Dalam hati ada taman
Dalam taman ada kebun bunga
Dalam kebun bunga ada kumbang

Dasar kumbang
Cari bunga tidak pula sekuntum dua
Kalau boleh mahunya semua

Kumbang tetap kumbang girls :)

Ad-Dukhan

Oleh itu tunggulah
Semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata

*Surah Ad-Dukhan:10

P/S: Asap kemarau boleh ditafsir sebagai jerebu, asap, kabut

Sediakah Kita?

Kita makin ke fasa akhir
Malaikat tunggu nyawa ditarik
Apa bekalan yang boleh kita kelek?

Ya Tuhan
PeringatanMU jelas benar 
Kami alpa lupa leka dengan dunia
Pimpin kami sebelum akhir itu tiba

No worries

Don't you worry

          I'm going to make sure that
          Tomorrow is another great day

I promise

Imaginary

Huh
Huhh
Huhhh
Huhhhh
Huhhhhh

"Pluppp"
"Aaaa leganya"

P/s: Tafsir sendiri ikut hati
P/s/s: Tafsir bergantung taraf pemikiran

Awkward

Disatu pertemuan
Tak tersangka terlihat wajah itu lagi
Terjelas muka resah bila mana berpandangan
Muka terasa membahang tak keruan
Kaki terasa gatal untuk berpaling arah
Hati berlari marathon tak henti-henti

Hanya satu kata yang menggambarkan kita
Yes, awkward

Malas

Perasaan malas membuak dalam hati
Kira-kira adalah dalam seinci

Dikata tidak, tak menjadi
Mahu ia kan, kesian pada diri sendiri

Mahu saja jerit tak mahu pergi
Aku mahu berehat saja rehatkan diri

Hari minggu, tahu tak?

Mimpi

Masih tunggu anak putera raja
Yang datang dengan tentera berkuda
Memang sampai mati pun tak jumpa

Wake up girls!
Jangan nak mimpi saja
Usaha tidak juga

Betullah kot orang kata
Kita saja yang buta
Jodoh dah depan mata
Masih menunggu pada yang tiada

Gersang

Aku punya kawan
Aktif sosial dialam maya
Suka dia taip macam-macam
Aku baca dengan tenang

Tadi sepertinya aku terpandang
Statusnya yang agak ranjang
Buat aku yang baca ni terpandang-pandang
Risau orang sekeliling salah paham

Bagi aku
Kau ni sedang gersangkan perhatian
Aku tak fikir panjang
Terus tekan unfriend dan ucap selamat jalan

Vaper

Badan tegap sado
Muka bengis polis askar
Suara nyaring kasar 

Tapi kasihan
Vape perisa strawberry
HAHA *sumpah gelak guling-guling*

Perdana Menteri

Kehadapan Perdana Menteri
Moga cepat undur diri
Doa kami hari-hari
Kerana kami sudah naik benci
Hidup melarat dinegara sendiri
Kami bertahan bukan kerana lali
Bukan juga kerana BRIM setahun sekali
Tak guna tagihan simpati
Tak hadap perintah kami serupa kuli
Bayar cukai sana sini
Cukuplah sampai sini
Sila tarik diri
Masih sempat lagi

Kalau tidak akhirat nanti jawablah sendiri

Dongeng

Resepi hidup bahagia ever after
Kahwin dengan orang kaya
Tak kacak tak apa
Tak cinta tak apa
Asalkan berharta

Dongeng orang tak suka berusaha

Twin VIII

Saja kau biar dia kelentong kau
Saja kau nak dia tunjuk pandai dari kau
Saja kau bagi dia menang dari kau
Saja kau buat dia rasa dia bahagia dari kau
Saja kau nak dia tunjuk kuat dari kau
Saja kau kasik dia lebih segala dari kau

Sebab saja-saja

Penat

Suatu masa kau akan rasa lelah
Rasa macam nak menyerah kalah
Buatlah apa pun kau dah tak kesah
Tinggal tutup mata dan berserah

Penat, aku penat

Twin VII

Kau tahu silap dia
Kau tahu salah dia
Tapi diam juga sudahnya

Niat kau nak jaga hati
Biar kau saja yang makan hati
Agar dia tak berkecil hati
Sebab kau dah letak dia disudut yang paling jauh dalam hati

Jodoh

Kau cinta dengan orang lain
Sudahnya dengan yang lain

Bukan apa
Sudah tak boleh buat apa
Jodoh kita dah tak ada

Research Proposal

Rasa kena reject kali ini
Tepat terasa dihati

Rehat kejap

Tengah cari ubat untuk rawat sendiri
Moga tabah harung yang seterus nanti

Idea, mana idea?

Bodoh Sombong

Sudah tunjuk jalan ke syurga
Masih lagi berlari menuju ke neraka

Moga akhir nyawa nanti tak rasa menyesal

Teknologi

Orang sekarang dah tak guna 3G 4G
Orang guna LTE

Jadi kau pun buatlah reti
Ubahlah strategi
Ngorat bukan guna pweet lagi
Gunalah teknologi

iOS 9

Laju tak terkejar
Tapi aku sabar

Sayang punya pasal

Tuhan Tahu

Biarlah apa orang nak kata
Yang penting Tuhan tahu siapa kita

Senang saja
Fikir balik kalau susah nanti
Siapa yang selalu ada untuk kita?

Senyum-senyum saja
Korang sendiri tahu jawapannya apa

Latah

Kita terlalu cepat melatah
Belum apa-apa lagi dah resah
Wak lek wak peace sudahlah
Bukan lari pun gunung dikejar

Orang bilang
Ada jodoh tak kemana

Yedak?

Tunggu

Aku yang masih disini
Terumbang-ambing
Ditolak jatuh
Diseret tercalar

Tunggu masa pergi

Malam I

Malam ini
Langit hitam
Kusam
Tiada cahaya bintang
Kelam

Kalau ada pun
Mungkin cuma kilauannya saja
Samar-samar dari kejauhan
Mungkin segan

Aku juga!

Kita I

Kita mula dari mula
Kau aku jadi kita
Sama rasa tapi malu
Kisah kita dari dulu

Kita mula dari mula
Biar saja rentaknya
Pasti Tuhan lagi tahu aturannya
Kalau bukan rezeki dunia
Akhirat pun tak apa-apa

Kita mula dari mula
Yang pasti kita belum mula

Perempuan

Perempuan boleh diibaratkan sebuah buku
Ramai lelaki cuba membacanya
Ramai lelaki yang berjaya membacanya

Tapi
Tak ramai lelaki yang faham maksud dan makna buku tu

Kesian!

A Thing

Ask for nothing
Its mean something

Believe me!

Jauh Pinta

Kau jauh dari Tuhan
Tapi kau mintak macam-macam
Banyak cantik muka kau
Apa kau ingat kau tuan?

Habis tu Tuhan?

Alasan

Aku bagi kau alasan
Berulang-ulang

Tak kan itu pun kau tak faham
Sendirilah angkat kaki dan jalan

Percaya

Disaat semua tak betah disisi
Aku cuma minta kau percaya
Tak perlu kau belah dada
Buktikan apa-apa

Percaya itu sudah memadai
Buat aku terus kekal berdiri
Walau nanti kau tak lagi disisi

Jiwa muda aku meronta
Minta dibela mahunya
Dibentak keinginannya
Tolang percaya, itu saja

Hak

Hak?
Masing-masing punya hak
Telefon berhak pada baterinya
Lapar haknya dipenuhkan isi perut
Terserah pada kau nak lunaskannya macam mana

Paling penting hak kau pada Tuhan jangan dilupa
Kalau tidak, hidup ini sia-sia

Saling

Yang hebat tentang suatu hubungan
Bukan bila tak pernah ada gaduh

Tapi bila waktu dia marah
Kau diam dan dengar
Dan bila waktu kau marah
Dia diam dan dengar

Saling hormat
Saling memberi peluang
Saling berlapang dada
Apa yang tak puas hati
Saling utarakan
Yang robek yang rabak
Saling tampalkan
Saling meminta maaf
Saling memaafkan

Even satu hari bila dua-dua sedang marah
Gaduh gila-gila sampai memaki
Dan salah seorang menyuruh kau pergi sekalipun
Korang tetap tahu jalan kembali
Sebab waktu marah semua benda boleh lepas dari mulut
Terserah dari hati kau untuk mengiyakan atau mempertahankan

Percayalah
Saling ini yang buat hubungan bertahan

Sementara

Waktu suka cinta
Semuanya indah bahagia

Bila tiba saat derita sengsara
Senyum sahaja
Dah cukup buat benci membuak didada

Nampaknya cinta itu
Sifatnya sementara
Jadi toksahlah kau terhegeh-hegeh kejar segala

Al-Fatihah

Aku termenung

Begini rasanya
Rasa sebak kehilangan
Hilangnya seorang Murabbi

Bagaimana pula
Perasaan sahabat
Tika pemergiaan Rasullullah s.a.w?

Allahu

Karma

Karma?

Bukan
Ini bukan karma

Dalam Islam ianya dipanggil kafarah
What you give, you'll get it back
Either it is in a good way or vice versa

Allah is fair
You know?

Tua

Aku tak rasa orang lain rasa
Sebab mereka nampaknya steady saja
Mungkin aku saja yang beria
Nak touching segala

Dah tua aku ni agaknya

Akur

Tersusun
Teratur
Namun masih
Masih terus-terusan tersungkur

Aku akur

Maafkan aku, mak!

Dah usaha
Dah doa
Dah berserah
Dah bertawakal

Tapi masih juga bodoh
Tiada kejayaan
Menghampakan orang tua

Kau rasa
Aku ni jenis yang macam mana?

#prayforpantaitimur

Ini bukan pantai
Yang sekali ia bah semua akan berubah

Tapi ini banjir
Yang diatas turun menerjah
Yang dibawah tak surut melimpah

Bertabahanlah duhai pantai timur
Ini bukan sahaja ujian buat kalian
Bahkan ujian buat kami
Kerna Tuhan mahu uji
Keras kematu
Atau lembut ke hati kami dalam membantu

Rumah Sewa II

Malam ini lain sangat rasanya
Suasana sejuk ditambah dengan bunyi rintik hujan
Entah kenapa lain benar rasanya malam ini
Tak sama dengan malam-malam yang lain
Mata hanya mampu tenung
Pandang lihat kipas syiling
Ligat sekali pusingnnya
Baru harini aku sedar
Kipas syiling aku speednya hanya pada tahap tiga
Padanlah rasanya tak ubah macam orang hembus-hembus pada muka

Dalam tak sedar
Sudah dua tahun aku duduk rumah sewa
Jauh dari keluarga
Belajar berdiri atas kaki sendiri
Terkenangkan nasib
Tiba-tiba air mata mengalir membasahi bantal

Hidup II

Manusia ni
Bila dah takde pilihan
Mulalah pikir yang bukan-bukan
Sampai lupa mana Tuhan
Keliru bezakan halal haram

Kecewa derita harapan punah katanya
Hentak kaki paling muka
Waras dalam kocek simpan buat pekasam agaknya
Lupa Tuhan teropong tunggu serang hendap bagi ujian

Kau ingat kat dunia ni hidup sia-sia ke
Main tepuk bertampar sepak terajang
Lepastu senang lenang mati masuk syurga
Hebat betul hidup takde aturan
Apa kau ingat Tuhan tu buta?

Ingat ni
Tuhan tak akan hantar kau
Ke tempat yang salah
Melainkan kau sendiri yang buat salah
Dah tahu salah tolong berubah
Selagi kau masih boleh nak ubah
Jangan tiba masa semuanya dah basi tunggu tanah

Kalau Aku Kaya

Aku tak nak jadi kaya
Nanti lambat masuk syurga
Sebab banyak yang akan dihitung dikira
Rumit sangat jalannya
Aku bukan jenis yang kuat imannya

Bagi aku cukuplah apa adanya
Tuhan kasik tu dah besar sangat rahmatnya
Aku belajar tak meminta-minta
Terima saja

2015, please be awesome!

Seperti tahun-tahun sebelumnya
Aku selalu doa yang terbaik
Minta yang terhebat

Jadi tahun ini juga sama
Sama saja dengan tahun-tahun lepas
Masih mohon rayu benda yang sama

Jadi
2015, please be awesome!

Hidup

Hidup ini
Bukan seperti gosok lampu aladin
Tunai tiga permintaan jadi kenyataan
Bukan juga seperti pari-pari renjis tongkat sakti
Jadikan mimpi kepada realiti

Tapi hidup ini
Kena usaha sampai mati
Masuk lubang kubur pun kena gali
Jadi syurga itu payah sikit untuk dijual beli

Sebab tu syurga tak terima orang yang hanya goyang kaki

Oops! I Did It Again

Sepanjang tahun ni
Macam-macam dah jadi
Sampai aku pun dah malas ambil peduli
Banyak benda lain yang nak difikirkan lagi

Semua sama-sama jadi saksi
Lihat kanan kiri dunia berputar pada paksi
Tangisan dan ketawa sana sini
Syukur juga masih betah berdiri
Mengharapkan hujan emas turun ke bumi
Semua yang tak pasti kita masih menanti

Kalau hitung memang tak terkira
Jadi simpan saja niat murni didada
Panjang umur kita cerita
Dah akhir tahun ni kita semua dah boleh baca
Tolak tepi kisah sakit terluka
Yang penting Tuhan masih ada bersama

Moga tahun mendatang kita tabah juga
Belajar dari silap kita
Bangkit berani kikis dosa
Sebab mati ni bila-bila masa saja

Aku sayang korang semua
Tapi aku tak mampu nak jaga
Harap Tuhan ampun kita
Salah silap kita masa terleka

Dua ribu lima belas
Aku harap semua baik-baik sahaja
Lebih baik dari tahun sebelumnya

Katanya

Minggu lepas
Habis defense proposal untuk fyp
Aku lepak dekat masjid sebab tak solat asar lagi
Kalau pecut balik rumah mesti tak sempat
Jadi singgah masjid dulu selesaikan hak yang wajib tu

Lepas solat aku sandar dinding belakang
Penatnya masih terasa lagi
Perasaan gemuruh tu masih ada
Kini aku faham perasaan satu lawan enam tu macam mana
Walau macam mana pun aku bersyukur
Proposal aku diterima pakai oleh mereka-mereka
Terima kasih saja mampu aku kata
Semoga Tuhan membalas selebihnya

Tengah syok sandar kat dinding
Ada sorang makcik menghulur tangan pada aku
Fikirku mungkin dia juga tetamu masjid ini seperti aku
Layankan sajalah sebab hak wajib sudah dilunaskan
Berukhuwah yang dah lama aku tinggalkan

Makcik tu rancak mengajak aku berborak
Aku kurang senang sebab dalam masjid
Rasa serba salah pun ada
Aku sebolehnya mahu jaga adab sebagai tetamu rumah Tuhan
Apakan dayaku yang lemah lagi hina ini
Belum mampu tepis silap yang aku tahu itu silap

Tengah rancak makcik tu berborak
Dia tanya aku belajar course apa
Jadi aku katakan sajalah Software Engineering
Aku terang guna bahasa orang tua boleh faham
Bukan apa, pernah terjadi pada mak aku sendiri
Terang bagai nak gila sayangnya tak faham
Kes sebegitu aku alih terang guna bahasa pasar
Agar mudah difahami senang untuk bayang

Lepas aku terang tu
Makcik tu bingkas bangun dari sebelah aku
Marah sungguh rupanya masa tu
Sebelum dia melangkah pergi
Sempat lagi dia bagi setepek dua ayat dekat aku
Dia kata dengan dengusan nada keras
"Sebab orang macam kamulah, orang macam kami ni takde kerja"
"Anak aku menganggur mati sebab diberhentikan kerja"
"Orang macam kamulah seksa orang bawah macam kami"

Aku terpinga tak tahu apa
Tiba-tiba jadi
Macam aku dah buat salah besar saja
Nasib baiklah waktu tu takde orang
Kalau tidak malulah juga rasanya

Bila dalam kereta
Aku mula berfikir
Ada betulnya juga kata-kata makcik tu
Syarikat swasta dan kerajaan semua dah guna sistem
Masing-masing ikut arus peredaran dunia IT
Untuk mudahkan kerja bagi teratur
Jadi memang ada segelintir yang dah tolak tepi buruh dalam kerja
Namun tak semualah kan

Bagi makcik tu
Aku tumpang simpati
Kalau ada rezeki kita jumpa lagi
Aku nak minta maaf kalau dia terasa hati
Aku takde niat nak buat dia kecil hati
Buat makcik di masjid yang aku jumpa tu
"Yang belajar macam nak gila ni belum tentu lagi dapat kerja"
"Rezeki Tuhan dah agih molek cantik"

Heptic

Pengumuman

Ehem

Hello!

Hai!

Apa khabar semua?

Just nak bagitahu something

Harap korang semua tak sakit jantung

Bila dah tahu hal yang aku nak bagitahu ni

Emmm, sebenarnya aku hidup lagi

Dan aku rasa nak start blogging balik

Boleh tak?

Buang Tabiat

Merenung jam
Tepat pukul dua pagi
Kebiasaannya lepas isyak saja
Terus tutup lampu tidur

Hari ini tidak
Mata pula tidak menunjukkan langsung
Ciri sifat mahu tidur

Apakah ini?
Mati akal aku fikir
Akhir sekali aku bangun
Menonong menuju kedapur
Kutip pinggan mangkuk cawan yang bersih
Aku basuh cuci kilat sampai licin

Puas hati
Tengok pinggan plastik berkilat
Aku jadi makin rajin
Ambil berus sabut sental jamban
Siap jamban aku mula menguap

Petanda bagus!
Ayuh tidur!

Masalah

Pagi tadi aku cari masalah
Buat masalah pun ada juga
Padahnya aku tak tahu mengaku salah
Sebabnya bukan aku yang bersalah

Kisahnya pagi tadi
Ada lawatan dari negara seberang
Bukan dari kalangan orang sembarangan
Tapi layankan sahaja dah nama tetamu

Dari minggu lepas lagi
Aku plan susun atur molek tentatifnya
Makan minum meja kerusi aturannya
Juga tidak dilupa venue nya

Entah apa mimpi tukang jaga kunci
Pukul lapan suku pintu tak dibuka-buka lagi
Aku tunggu punya tunggu
Setan pulak main cucuk hati aku
Bengang mencanak tahan dipendam
Sabarlah menunggu pujuk urut hati

Nak dekat pukul lapan lima puluh jugak
Barulah venue nya dibuka
Hati aku Tuhan sajalah yang tahu
Kalau bukan kerana malu
Mungkin aku bagi setepek dua dekat tukang jaga kunci tu

Sijil pra-perkahwinan

Tempoh hari balik kampung
Habiskan cuti untuk mak yang rindu tak terbendung
Selagi masih ada ni, tak jemu aku pulang berkunjung

Bantu mak kemas rumah
Sapu-sapu mana tempat habuk berdebu
Moga dapat jugalah kutip pahala walau sebesar hama

Terbelek lambakkan sijil suatu masa dulu
Kenangan mengiringi tiap satunya
Terbayang tiap saat bagi helaian sijil itu
Ternyata, aku rindu

Asyik mengimbau kenangan
Aku mula perasan
Satu sijil aku hilang
Cuba cari, takut terlepas pandang

Sah!
Sijil kursus pra-perkhawinan aku hilang
Kekdahnya, kena buat balik ke apa ni?

Pengorbanan

Semalam telefon emak
Tanya khabar moga dia selamat
Dari kejauhan kirim rindu
Semoga sampai masa kita ketemu

Dalam perbualan tersebut
Aku ada mention pasal jarak
Aku mohon emak bersabar
Sikit masa lagi aku bakal merdeka

Inilah dunia aku
Daily sibuk bekerja
Weekly berkejaran ke kelas
Memang tiada masa untuk diri

Diakhir perbualan
Aku cakaplah
"Mak, tahun depan orang dah habis belajar,"
"Semuanya akan kembali sedia kala"
"Masa terluang nanti memang untuk mak."

Dan emak aku cuma membalas
"Nak tunggu habis belajar dulu?"
"Kalau masa tu mak dah takde macam mana?"

Ya Tuhan
Air mata bercucuran
Aku tak tahu mana satu paip dimata aku yang bocor
Sumpah! Aku terdiam
Mohon masa itu tiba
Aku masih ada emak

Pinta

Ada masa
Benda yang kau minta
Rayu harap tu tak dapat
Yang dipinta pergi jauh 
Datang merangkak 

Ya
Terima

Bangkit I

Aku kau kita kami mereka dia
Semua kena kuat
Cabaran tak akan berhenti datang
Jadi kita pun tak ada alasan
Untuk berhenti melangkah

Biarlah apa orang nak kata
Tanamkan sikap husnuzhon dalam hati
Pekakkan telinga dengan cacian

Dalam proses nak bina diri semula
Kalau boleh elakkan dulu
Dengan segala komen yang menjatuhkan
Bukan maksudnya tak nak terima langsung
Any negative comment
 
Tapi nanti bila hati dah kental sikit
Baru kita mulakan langkah kedua
Ambil kata cacian sebagai batu loncatan
 
Nak buat sesuatu
Biar step by step
Jangan terus drastik
Takut diri tu kena lastik
Sakit kena lastik tak sesakit dari bangkit balik

Rusuhan UM

Pagi kelmarin
Pensyarah aku naik komen
Komen rusuhan tuntut pembelaan
Bagi yang dahagakan kemenangan

Dalam komen
Ramai yang turut serta
Kawan sekelas semuanya
Saling berbalas membidas antara satu sama lain

Situasi begini
Hanya pemerhatian yang diperlukan
Bukan main redah tak bersalam
Bisu tak bertuan

Aku ada komen
Sikit saja boleh kira
Kongsi apa yang didada
Tegakkan benang pada kainnya

Dalam akhir komen tersebut
Pensyarah aku simpulkan penutup kata
Apalah erti berjuang tanpa ilmu
Gagah berani angkat dagu
Belakang hari menagis tak berlagu

Aku faham maksudnya
Esok kelas mungkin ada kuiz
Jawab kuiz biar ada ilmu
Bukan bawah meja buka buku meniru

Duniawi

Orang tak cerdik pun
Boleh jadi cerdik
Kalau pasal harta benda

Itu bukan aku yang kata
Tapi dunia punya angkara
Hingga lupa diri akhirnya kemana

Betul
Dunia buat manusia lupa

Cemburu I

Apa yang kau rasa
Kalau kau tengok suami atau tunang kau
Bercakerama mesra dengan orang lain
Sama ada yang cuba diselindungkan ataupun depan mata

Pada aku
Lain tak bukan
Cemburu

Walau seribu alasan terhidang
Cuba berdalih bersangka baik
Hati ini hanya Tuhan yang Maha Tahu

Setakat ini masih mencuba
Cuba untuk berbaik-baik
Elak tepis untuk cemburu

Tabah

Ada orang atau benda atau sesuatu
Yang boleh mengubah hati
Moga Tuhan tabahkan hati
Hadapi ranjau yang mendatang ini

Aku tahu kau kuat!
Bertabahanlah wahai kawan!

Gantung Tak Bertali

Apalah rasanya
Ditinggal pergi tanpa berita
Bukan sehari dua
Namun dipendam saja

Aku dah pernah rasa
Gantung tak bertali agaknya
Gigihkan diri berdiri sendiri
Tunggu kau kembali tak juga kembali

Moga suatu masa nanti
Kau rasa sendiri
Mungkin masa tu kau tahu
Apa aku rasa masa dulu

Semalam Always Semalam

Kita saling berpandangan
Sudah lupa sengketa semalam
Aku sangka kita sengaja
Sebabnya kita sendiri yang tahu kenapa

Aku senyum
Harap kau faham ertinya apa

Empathy

Pagi petang aku dok usha makcik cleaner tu
Usia dia baya-baya mak aku je rasanya
Tapi masih kuat pegang penyapu berdiri
Aku tumpang simpati

Dalam usia macam tu
Patutnya si anaklah yang galas tanggungjawab
Bukan mak lagi yang bersusah-susahan
Dari kecil tapak tangan mak jaga tatang
Tak kan mak lagi yang membanting tulang

Kasi cannn lah sikit untuk mak
Rehat kutip pahala buat bekalan akhirat
Ke kau nak passing pahala kau kat mak kau?
Tu pun kalau pahala kau banyaklah kan?

Penjelasan

Aku tahu
Kau tak suka seseorang tu
Seseorang yang kau pernah rapat

Aku tahu
Kau nak jauhkan diri daripada dia
Sebab kau tak nak dia sakit nanti

Tapi bolehntak
Jangan pentingkan diri sendiri?
Kau tak fikir ke
Kau buat macam tu
Lagi dia tertanya-tanya
Apa salah dia dekat kau
Sampai kau kena jauhkan diri daripada dia
Jangan jadi selfish
Kalau tak suka pun
Cakap elok-elok
Explain semua dekat dia
Jangan main buang orang
Dalam hidup kau macam tu je
Fikir sikit perasaan orang lain
Ini yang aku rasa
Tapi aku buat je
Sebab bila cakap baik-baik
Orang yang tak faham bahasa

Tahun Baru

Habis meeting tadi
Aku terus ke kubikal elak dipelawa makan
Niat nawaitu sekarang diet atkins
Moga dipermudahkan cara

Dah sampai dekat kubikal
Apa lagi online jelah kerjanya
Update post satu dua
Simpan stok dekat draf saja

Aku tengok satu berita
Mengenai UAI jelas isunya
Sambil menggeleng kepala
Nampak bodoh sangat orang yang buat cerita

Aku bukan nak belah mana-mana
Tapi kalau benda gini
Akan ramailah reporter tak bertauliah duduk bercerita
Soal aib dan diaibkan semua jadi bahan cerita
Dicanang diroti sampai lali

Bukan nak kata
Tapi percayalah
Korang semua akan rasa buang masa
Bila tengok cerita sebegitu naik dilaman sosial
Macam takde cerita berfaedah je untuk tatapan dunia

Akhir kata
Fikirkanlah diawal bulan mulia ni
Buat bertaubat banyak-banyak
Beratkan timbangan pahala tu lagi baik

Jelmaan

Aku pun tak pasti
Apa yang aku nampak tadi
Orang ke?
Atau jelmaan jin?

Tapi rupanya 
Mirip dengan aku
Rambut panjang
Lengkap kaki badan
Bertutur fasih dalam bahasa aku

Aku rasa dia manusia
Cumanya tak cukup akal
Tak sempat nak beli kain tutup badan
Aku tumpang kasihan

Gembirakah?

Perasaan ini
Sama rasanya seperti
Coding tak buat error dimana-mana
Perasaan yang sama juga seperti
Layout system tersergam indah pada website
Sama juga seperti
Pensyarah puji system yang aku bangunkan

Betulkah apa yang aku rasa ni?
Aku tengah gembira?

Hebat?

Kau rasa kau hebat?
Cuba fikir sekali lagi

Kalau kau betul-betul hebat
Akhir nyawa kau nanti
Kau mandi kafan gali kubur sendiri
Orang lain duduk tepi
Tengok orang hebat mati

Jadi cuba fikir lagi sekali
Kau hebat ke?
Mampu ke kau buat semua tu sendiri?

I Want To Touch A Dog

Pagi tadi
Masuk pejabat
Buka komputer punch in
Yes! Alhamdulilah! Punctual!

Lepas punch in aku tengok line clear
Jadi aku buka muka buku
Dengan harapan ada orang hantar lamaran cinta disitu
Kengkonon jett jett hot
Tapi bukan itu yang cuba aku ketengahkan
Korang baca tajuk pun dah boleh agak kan?

Mengucap panjang aku tengok berita tu
Dalam hati keliru tentang kesahihannya
Sebodoh dan sejahiliah aku ni
Belum terlintas nak buat gitu
Kalau nak buat pun sumpah lapan puluh kali fikir dulu

Nak kutuk pun tak guna
Benda dah past tense tak boleh nak reverse
Pada penganjur aku cuma ingin mengusulkan idea baru
Tak nak cuba pulak ke I Want To Touch A Pig?
Event yang ini pasti lagi ramai yang participate

Privacy

Ada seorang kawan ni
Menggelarkan dirinya emak angkat
Sejujurnya aku tak boleh terima

Tidakkah dia tahu
Walau apa saja gelaran ianya tetap tidak sama
Yang sama hanyalah hubungan silaturrahim
Silaturrahim itu pastilah ada batasannya
Bermaksud ada yang perlu dikongsi
Ada juga yang biar disimpan dalam hati

Bagi aku
Selesa dengan dua situasi
Yang adakalanya akan bercerita hal peribadi
Dalam keadaan tertentu dan untuk manusia yang sepatut dikongsi
Dan adakalanya aku lagi suka jika terus bermisteri

Privacy
Sila hormati
Dan nampaknya
Dia tidak boleh menerima keputusan itu

Mimpi

Jangan pernah bermimpi
Pada benda yang tak pasti
Takut kelak nanti
Kau saja yang tak boleh terima realiti

Salah Silap Sendiri

Kita selalu menunding jari
Pada orang yang buat silap
Jarang untuk mengaku kesalahan sendiri
Jarang juga untuk memaafkan

Dalam situasi macam ni
Beribu alasan yang bakal tercipta
Dengan sejarah yang tersendiri

Sedangkan kita lupa salah silap sendiri
Atau memang kita ini dasar pelupa?

Akhir kata
Mengaku sajalah kesalahan sendiri
Habis cerita

Kebolehan

Manusia ada kebolehan 
Untuk berkongsi ruang 
Dengan benda atau manusia 
Yang dia tak suka

Itupun 
Kalau dia mampu dan berjaya ketepikan egonya

Rumah Sewa

Memang betul ini bukan rumah kita
Bukan rumah milik mak bapak kita
Bukan juga kengkawan kita punya

Tapi tak salahkan jaga leklok
Jaga macam hak milik sendiri
Tak rugi apa-apa pun

Jadi tolong fikir tu wahai kawan!

Buat Hal

Blog ni buat hal
Kejap nak berwarna-warni
Kejap nak black and white
Tak boleh nak stick dengan satu pilihan

Entahlah
Tiru tuan dia gamaknya
Suka tukar-tukar pilihan
Pening kepala memikirkannya

Lantaklah blog!
Siapa suruh buat perangai
Hadaplah

Roadblock

Hidup ni tak semudah yang disangka
Kengkadang ada saja roadblock didepannya
Susah nak dijangka

Sebabnya ada masa roadblock tu saja bagi lepas jalan
Dan adakalanya tersekat ditengah jalan

Kepada yang lepas tu tahniah lah yerr
Buat yang kandas tu jangan putus asa
Masih ada peluang untuk lepas itu roadblock
Lainlah kalau kau nak langgar je roadblock tu?

Itu hak kau
Tapi memang ganaslah jawabnya