Janji

Ini bukunya
Tercatit janji yang ditabur
Semua manis belaka
Manis bak gula kapas

Tapi tak pasti apa yang kau mahu
Apa mahu kau pada janji
Janji yang semakin berkulat berulat
Tak dikotakan
Tak juga direalitikan

Barangkali nasib agaknya
Dari kecil dah biasa dirasuah
Mungkin janji ini salah satunya
Janji yang sekadar berbasa-basi

Tidak mengapa
Kerna aku bukan jenis tuntut janji
Aku terima apa yang diberi
Diam kalau tidak dikasi

Cuma harap aku pada kau
Sudahlah tabur menabur janji
Bikin orang lain susah hati
Susah hati tengok kau nak mati nanti
Dek kerana semua pahala kau orang kebas
Kesian kan?

No comments:

Post a Comment