Sendiri Pegang

Sejak lahir aku tak pernah tanya
Soal keturunan aku mahupun agama
Ikut sahaja diberi apa 
Dasar manusia berotak dan bernyawa

Bila usia makin meninggi
Baru reti nak sedar diri
Baru nak cari makna diri
Padahal sepuluh tahun kebelakang, aku masih kencing berdiri

Syukur masih diberi ruang
Walau sikit cukuplah untuk hargai peluang
Mohon nanti disana tak dihumban ke gaung 
Takut tak mampu nak tanggung

Aku tahu masing-masing alim 
Ilmu penuh didada yang dituntut siang malam
Sampai tak cukup ilmu dengan mualim
Ilmu hujung jari tuntut sampai penuh RAM

Jadi janganlah sibuk nak jalankan tugas Tuhan
Sampai lupa kau pun dulu dari cerok peleseran
Lagi baik sama-sama bantu top-up pahala tolak dosa ringan-ringan
Takut kau pulak yang terbabas dari lorong kanan

Aku masih bertatih kenal Tuhan
Jangan kerna perbezaan hujah kau ajak berlawan
Bukankah kita punya agama sealiran?
Jadi usah burukkan agama dek beza pegangan

No comments:

Post a Comment