Privacy

Ada seorang kawan ni
Menggelarkan dirinya emak angkat
Sejujurnya aku tak boleh terima

Tidakkah dia tahu
Walau apa saja gelaran ianya tetap tidak sama
Yang sama hanyalah hubungan silaturrahim
Silaturrahim itu pastilah ada batasannya
Bermaksud ada yang perlu dikongsi
Ada juga yang biar disimpan dalam hati

Bagi aku
Selesa dengan dua situasi
Yang adakalanya akan bercerita hal peribadi
Dalam keadaan tertentu dan untuk manusia yang sepatut dikongsi
Dan adakalanya aku lagi suka jika terus bermisteri

Privacy
Sila hormati
Dan nampaknya
Dia tidak boleh menerima keputusan itu

2 comments:

  1. As salam cik Asiah Johari a.k.a Ainnur,
    terjah sini dari blog cik zizie zack, betullah dia cakap entri sini pendek2 je.
    personal & meaningful.
    susah nak jumpa >.<

    ReplyDelete
  2. salam kenal :)
    samalah saya singgah dari blog zizie mcm cik Gee Lion :)

    ReplyDelete