Rasa

Bulan yang lepas
Tuhan telah mengajar aku erti hilang dan lepas
Bilamana mak tersayang terbaring sakit dan tenat
Seharian yang cukup penat baginya, barangkali
Siangnya sihat seperti sediakala, seadanya dia
Belah petang yang datang sesak nafasnya

Aku dapat tahu, gelap pandangan aku seketika
Kaki serasa mahu berlari mendapatkannya
Semahunya dirangkul badannya tanpa mahu dilepaskan
Air mata semasih cuba ditahan, tidak mahu tayang sifat lemah

Nafas mak berombak kencang, aku takut
Bermacam sudah aku fikirkan, kalau dia tiada
Kemana aku mahu pergi?
Apa aku harus lakukan?
Macam mana dengan aku?

Aku tak mampu fikir apa-apa masa tu
Aku belum pernah alami semua ini
Kalau boleh, tak mahu pun rasa semua ni

Dalam hati, mohon pada yang Maha Kuasa
Hantarkanlah pertolongannya, tunjukkanlah
Aku tak minta banyak, cukup sekali yang ini

Dan syukur alhamdulilah
Mak kembali okay

Terima kasih Tuhan untuk peluang yang sekali ini!

No comments:

Post a Comment